Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo C40 Recharge Cas 40 Minit Dapat 420KM! Banyak Lagi Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dalam situasi industri masa kini, banyak syarikat telah beralih ke arah kenderaan bebas emisi di masa hadapan. Terkini, Volvo Cars telah memperkenalkan C40 Recharge, selari dengan inisiatif yang dikatakan tadi sebagai sebuah model kenderaan elektrik sepenuhnya yang berasaskan platform kenderaan CMA.  




Menurut syarikat tersebut, banyak model elektrik lain akan mengikuti XC40 dan C40 Recharge pada tahun-tahun akan datang.  Bukan itu sahaja, Volvo juga menyasarkan bahawa menjelang tahun 2025, sebanyak 50 peratus jumlah jualan globalnya adalah termasuk kereta elektrik sepenuhnya, dan selebihnya pula adalah model hibrid. Menjelang tahun 2030 pula, mereka menyasarkan kesemua jualan kereta adalah daripada model elektrik sepenuhnya.  




"C40 Recharge melambangkan masa depan Volvo dan menunjukkan ke mana arah tujuan kami," ujar ketua pegawai teknologi, Henrik Green.  "Ia adalah elektrik sepenuhnya yang hanya ditawarkan dalam talian dengan pakej penjagaan dan tersedia untuk penghantaran yang pantas. Untuk mendapatkan sebuah Volvo baharu, tidak pernah semenarik ini."




Reka bentuk model EV ini cukup bergaya, bahagian depan C40 Recharge datang dengan garis bumbung yang rendah dan juga lampu dengan teknologi piksel.  






Di dalam kenderaan, penumpang diberikan tempat duduk yang tinggi, dengan pelbagai pilihan warna dan dekorasi.  Bagaimanapun, buat pertama kalinya untuk Volvo,  model ini sepenuhnya bebas daripada penggunaan material kulit.  

C40 Recharge lengkap dengan sistem infotainmen yang dihasilkan bersama-sama Google, berasaskan sistem operasi Android yang tersedia dengan aplikasi dan perkhidmatan Google lain seperti Google Maps, Google Assistant dan juga Google Play Store. 








Selain itu, model ini juga dibekalkan dengan data tanpa had untuk membolehkan sambungan yang lebih baik serta boleh menerima kemas kini terbaharu tanpa wayar.  

Model ini dimuatkan dengan motor elektrik berkembar yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain pada gandar depan dan belakang.  Bateri 78 kWh kereta ini boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa hanya sekitar 40 minit dan dapat digunakan dalam jarak sekitar 420 km.  Namun begitu, jangka masa yang diambil untuk pengecasan bergantung kepada elemen lain seperti suhu luar, suhu semasa bateri, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan juga kereta.  





Seperti yang dinyatakan oleh Volvo Cars, pada masa ini C40 Recharge hanyalah ditawarkan dalam talian.  Walau bagaimanapun, selepas membuat pembelian, pelanggan akan menerima pakej penjagaan yang merangkumi servis, jaminan, bantuan pinggir jalan, insuran dan pilihan pengecasan di rumah. 





Pengeluaran C40 Recharge akan dimulakan pada musim luruh ini di kilang Volvo Cars yang terletak di Ghent, Belgium. 

Untuk informasi lebih lanjut, layari volvocars.com


Gallery

Tag:

Volvo XC40
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...

Jenama automotif Sweden, Volvo, telah mencatatkan rekod jualan terbaru.

09-01-2024
EV

Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024

Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.

19-12-2023
Pandu Uji

Mana Pilihan Anda? XC40 Recharge Atau C40?

Pandu Uji: SUV tanpa emisi, jenama Volvo bukan calang-calang.

02-06-2023
Berita Auto

WOW! Volvo XC90 Paling Selamat Sebab Diiktiraf IIHS

SUV mewah saiz sederhana Volvo XC90 telah memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023.

03-03-2023
Pandu Uji

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo

Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.

23-03-2022
Berita Auto

Volvo Cars Mengumumkan Jualan Global 56,883 Unit Kenderaan Pada Julai

Volvo Car mengumumkan jualan global sebanyak 56,883 kereta pada bulan Julai, namun momentum jualan dilihat merosot.

20-08-2021
Kereta Baru

XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan

Ia kini sudah mula dipamerkan di sebuah pengedar Volvo.

25-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026