Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Disambar Petir, Puntung Rokok Punca Kereta Meletup!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kematian seorang pemandu Proton Iswara Aeroback  yang membawa muatan mercun bola sebenarnya bukan disambar petir sebaliknya puntung rokok menjadi punca utama kereta itu meletup dengan kuat.


Demikian kata  Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika diminta mengulas mengenai sebuah kereta meletup kerana dipanah petir di Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan pada Jumaat lalu.


Berdasarkan maklumat terkini, beberapa saksi mendakwa mereka melihat mangsa cuba membuang puntung rokok dari celah cermin tingkap yang dibuka dalam keadaan sempit.

“Sebaliknya, puntung rokok itu  terjatuh ke dalam keretanya sebelum kereta itu secara tiba-tiba meletup dengan kuat,” katanya.

Hasil semakan juga mendapati mangsa membawa mercun bola dalam kuantiti yang banyak. Pihak polis juga masih menyiasat sama ada mercun itu dijual borong atau runcit.



Mangsa yang dikenal pasti sebagai Wan Hassan Wan Ali, 48,  turut mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penyalahgunaan dadah dan pecah rumah.

Setakat ini, tiga daripada empat mangsa masih dirawat  di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Semua mangsa dilaporkan stabil manakala, salah seorang mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah.


Kejadian itu menjadi bualan hangat apabila kereta itu dikatakan meletup dan terbelah dua gara-gara disambar petir.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial juga menunjukkan terdapat serpihan mercun berwarna hijau di lokasi berkenaan.


Ia merupakan kejadian pertama kali berlaku di Kelantan sehingga polis memerlukan bantuan pasukan Unit Bom, Bukit Aman untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan berkenaan.


Pada Jumaat lalu, Caricarz melaporkan sebuah kereta yang membawa bola mercun meletup kerana disambar petir. Kejadian itu menyebabkan seorang maut, manakala empat cedera.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir