Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenderaan Elektrik Menguasai Pasaran Automotif Seluruh Negara China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

China, salah satu peneraju pasaran kereta dunia sedang menuju ke arah pengeluaran lebih banyak kenderaan elektrik (EV). Ini terbukti daripada pameran auto yang baru sahaja diadakan baru-baru ini di Shanghai. 

Kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh China Passenger Car Association  mendapati bahawa, satu daripada setiap lima kereta baharu yang terjual di negara tersebut adalah sama ada model kereta elektrik atau hibrid. 

Di samping itu, kajian turut menunjukkan bahawa rata-rata jualan kenderaan elektrik yang dilakukan adalah daripada enam bandar terbesar di China. 

Menurut setiausaha agung badan perdagangan kereta, Cui Dongshu, kira-kira 31% kereta yang terjual adalah kenderaan yang menggunakan tenaga alternatif, peningkatan daripada hanya 6% pada tahun 2016.  Bagi sesetengah bandar utama seperti Shanghai, angka yang dilaporkan adalah lebih tinggi.

Kajian ini turut menunjukkan statistik penembusan kenderaan elektrik daripada pengiraan jualan keseluruhan kereta. Statistik ini menunjukkan bahawa jualan kenderaan elektrik di Beijing adalah mencecah 16 peratus, Guangzhou 13 peratus, Shenzhen 25 peratus, Hangzhou 21 peratus dan Tianjin 12 peratus. Angka sebenar jualan EV di seluruh negara adalah lebih tinggi. 

Kajian ini turut mendedahkan bahawa pengguna di bandar-bandar yang membangun di bahagian pantai timur China menunjukkan kecenderungan terhadap EV. 

Ini disebabkan oleh dasar mesra pengguna yang diketengahkan oleh kerajaan tempatan yang mana dasar ini adalah termasuk kemudahan akses kepada plat kenderaan. 


Walau bagaimanapun, lain ceritanya dengan masyarakat China di kawasan pedalaman yang masih lagi tidak begitu cenderung untuk memilih EV sebagai kenderaan harian.

Seperti yang dinyatakan Dongshu, dasar yang baik ini mungkin tidak akan kekal lama disebabkan oleh peningkatan masalah kesesakan jalan raya dan juga penembusan EV yang tinggi. 

Dalam konteks ini, Shanghai mungkin akan mula melakukan sekatan atas pengeluaran nombor plat kenderaan untuk beberapa EV bersaiz kecil seperti SAIC-GM-Wuling Automobile Co.’s, Hongguang Mini EV.

Kajian juga mendedahkan bahawa kereta dengan kepanjangan kurang daripada 4.6 meter serta berharga kurang daripada 100,000 yuan (RM 64,048), tidak akan menerima sebarang kelebihan termasuklah nombor plat percuma.

Selain itu, setiausaha agung turut mengatakan bahawa sama ada peraturan baharu ini akan dilaksanakan atau tidak, ia mungkin tidak akan memberi kesan kepada jualan keseluruhan kereta elektrik. 


Salah satu syarikat yang turut menyumbang kepada kemajuan China dalam pengeluaran EV ialah syarikat gergasi Baidu yang baru sahaja melancarkan khidmat teksi tanpa pemandu di Beijing.  Syarikat ini adalah syarikat pertama yang mengkomersialkan teknologi pemanduan autonomi. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026