Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Temui Penyelesaian Isu Kekurangan Cip? Ini Langkah Yang Diambil Syarikat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Seperti yang diketahui umum, dunia sedang menghadapi krisis kekurangan cip disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi melebihi kapasiti bekalan.  Isu ini memberi kesan besar kepada banyak syarikat di seluruh negara dalam pelbagai industri terutama sekali automotif. 

Berdasarkan laporan, model kereta seperti Ford Mustang dan Bronco mendapat tempias daripada krisis ini.  Bagi menyelesaikan isu yang melanda, Ketua Pegawai Eksekutif Ford mengumumkan beberapa strategi - termasuklah perancangan untuk mereka bentuk semula komponen kereta untuk supaya ianya lebih sesuai untuk digabungkan dengan jenis cip yang lebih banyak tersedia. Selain itu, Ford juga sedang mempertimbangkan untuk berurusan secara terus dengan faundri (pengeluar cip). 



Walaupun strategi ini dilihat agak bertentangan dengan cara biasa yang digunakan iaitu untuk berurusan dengan pembekal dan bukannya secara terus dengan pengeluar cip, namun langkah proaktif yang diambil ini dilihat penting untuk menyelesaikan masalah dengan lebih efektif. 




"Kami bukan sahaja telah mereka bentuk semula kebanyakan komponen supaya bersesuaian dengan cip lain yang lebih banyak (bekalannya)... tetapi kami rasakan bahawa kami perlu melihat stok penimbal, kontrak secara terus dengan beberapa faundri," ujar Farley.



Sekitar 60 peratus daripada cip yang digunakan kereta Ford adalah yang bersaiz 55 nanometer atau lebih besar. Cip dalam saiz inilah yang sedang mengalami masalah kekurangan bekalan. 

Sebelum ini, Ford terpaksa menghentikan operasi pemasangan trak  F-150. Syarikat menjangkakan bahawa isu ini akan mengakibatkan kekurangan sehingga separuh daripada jumlah pengeluaran yang disasarkan pada suku ini, membabitkan kos mencecah USD 2.5 juta (kira-kira RM10 juta).  



Jenama lain yang turut terkesan daripada krisis global ini ialah Volkswagen, Nissan, Toyota dan banyak lagi syarikat automotif lain di seluruh dunia. Antara tindakan yang diambil oleh syarikat yang terkesan daripada krisis kekurangan cip ini adalah dengan mengurangkan pengeluaran kereta ataupun menggantung operasi buat sementara waktu.  Ford sendiri telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pemasangan sehingga 100,000 unit kereta. 

Dikhabarkan, Volkswagen juga sedang dalam perancangan untuk berurusan secara langsung dengan pengeluar cip, mengambil langkah yang sama dilakukan Ford. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026