Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PROTON telah mengeluarkan laporan jualan bagi bulan April yang menunjukkan peningkatan jualan selama tiga bulan berturut-turut, meneruskan memomentum peningkatan pada tahun ini.  

Sejumlah 15,017 unit telah terjual di dalam negara dan di peringkat antarabangsa yang menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding pada bulan Mac, dengan penguasaan pasaran yang dianggarkan berjumlah 26.7 peratus.

Berada di puncak carta jualan ialah Proton Saga dengan jumlah jualan sebanyak 5,472 unit pada bulan April.  Walaupun terdapat sedikit pengurangan berbanding bulan sebelumnya, permintaan terhadap  model terlaris PROTON tetap tinggi. 



Selain itu, model SUV PROTON turut mencacatkan kadar jualan yang tinggi iaitu sebanyak 3,583 unit bagi X50 dan 5,684 unit untuk X70 pada bulan April.


Proton Persona pula mencapai jumlah jualan sebanyak 2,266 unit. Pencapaian ini meletakkannya pada tempat yang kedua dalam pasaran sedan segmen B.  Sementara itu, Proton Exora terus menguasai kelas MPV segmen C, manakala jualan Proton Iriz pula menerima peningkatan kerana permintaan yang tinggi terhadap model edisi terhad R3.  



"April adalah bulan yang baik bagi industri Automotif dan selain dari PROTON, beberapa jenama lain juga meraih jualan bulanan terbaik tahun ini. "TIV (jumlah keseluruhan industri) dianggarkan melebihi 56,000 unit kerana semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan penjualan sebelum berakhirnya insentif cukai jualan pada akhir Jun.

"Bagi Proton, kami meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan produk yang tinggi disamping mengekalkan tahap kualiti produk. “Pada masa sama, kami fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti, satu aspek yang sangat penting ketika jumlah penjualan kami sedang meningkat.   “Kami menjangkakan situasi akan semakin pulih dan kami tetap berusaha keras untuk memendekkan tempoh diperlukan untuk memenuhi keperluan pelanggan,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.



Pada bulan April juga, PROTON telah mengadakan majlis pecah tanah bagi merasmikan penambahan kilang penghentakan badan kereta (body stamping) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Fasiliti  yang berjumlah RM200 juta ini dijangka bakal beroperasi menjelang suku ketiga 2022 dan boleh melakukan pengeluaran panel badan yang lebih besar. 

Tambah Roslan, Proton Edar melihat pelaburan untuk kilang baharu ini sebagai satu perkembangan yang positif bagi syarikat.  PROTON dapat meningkatkan jumlah pengeluaran dalam kos yang lebih rendah dan dalam masa yang sama menambah baik kualiti. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar jualan di dalam dan luar negara, membantu syarikat mencapai matlamat jangka panjang yang diharapkan. 


Gallery

Tag:

#proton
Proton X50
Proton X70
Proton Saga
Proton Persona
Proton Exora
Proton Iriz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto

JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.

14-12-2025
Berita Auto

Polis Sedang Siasat Treler Angkut Helikopter di Kesas!

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah treler yang mengangkut sebuah helikopter sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

13-12-2025