Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Maserati Levante Hybrid: Kereta Hibrid Maserati Yang Inovatif Dalam Segala Aspek!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ketika acara Shanghai Auto Show yang diadakan baru-baru ini, Maserati telah memperkenalkan SUV elektrik pertama mereka iaitu Maserati Levante Hybrid. Pelancaran ini telah diadakan secara fizikal ketika acara tersebut dan juga secara digital menerusi houseof.maserati.com.

Model ini memiliki prestasi yang lebih baik dengan mengekalkan ciri-ciri penting sebuah kereta Maserati, menawarkan kelajuan dan ketangkasan yang memuaskan pemandu, dalam masa yang sama,  menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api. 

Dari segi prestasi,  Levante Hybrid menggunakan  enjin L4 Mild Hybrid dengan eBooster dan 48V BSG. Ia boleh menghasilkan output kuasa maksimum setinggi 330 hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum 450 Nm pada 2,250 rpm.

Menggunakan kotak gear automatik 8 kelajuan ZF, kuasa dari enjin disalurkan kepada kesemua roda menerusi sistem pacuan semua roda yang membolehkannya memecut sehingga mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j dan melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6 saat.


Tindakan Maserati menggabungkan kedua-dua enjin 2L, 4 silinder ini dengan sistem hibrid 48 volt adalah satu tindakan bijak kerana sistem ini akan mengembalikan tenaganya semasa nyahpecutan atau ketika membrek. 

Berat SUV hibrid ini diagihkan dengan baik kerana kedudukan strategik baterinya yang terletak di bahagian belakang. Ini dilakukan tanpa mengganggu kapasiti berat dan juga dapat memberikan keseimbangan yang optimum kepada keseluruhan berat kereta.


Dari segi reka bentuknya, Levante Hybrid memiliki kepanjangan mencecah 5,005 mm, lebar 1,981 mm, tinggi 1,693 mm dan juga jarak antara roda berukuran 3,004 mm.

Untuk warnanya, Levante Hybrid yang dipamerkan sewaktu pelancaran memiliki tona warna tiga lapisan (tri-coat) metalik yang baharu dinamakan Azzurro Astro. Warna kebiru-biruan ini dipilih bagi model hibrid Maserati sepertimana pada Ghibli Hybrid.  Warna ini boleh dipilih melalui pakej yang ditawarkan, Maserati Fuoriserie.


Bergerak ke bahagian dalam kereta, keseluruhan upholsteri dan ruang dalamannya dilihat menggunakan tona biru yang sama seperti badan kereta terutama sekali pada sulaman yang terdapat di tempat duduk.

Selain itu, model ini turut dipasangkan dengan sebuah sistem baharu yang dinamakan Maserati Connect. Sistem ini dapat membantu pemilik kereta untuk kekal berhubung dengan Maserati mereka pada setiap masa.  

Antara fungsi yang terdapat pada sistem ini adalah peringatan tentang tarikh-tarikh servis, penjagaan kereta dari masa ke masa dan juga perkhidmatan pelanggan yang lain. 

Di samping itu, pemandu boleh kekal berhubung dengan kereta melalui aplikasi Maserati Connect yang juga boleh diakses di rumah melalui pembantu maya, Amazon Alexa dan Google Assist. 

Maserati Levante Hybrid adalah sebuah model mewah yang sememangnya inovatif dan mengagumkan bukan sahaja dari segi reka bentuk fizikalnya, tapi juga prestasi dan usaha Maserati ke arah penghasilan kereta yang menggunakan teknologi yang lebih mesra alam sekitar. Syabas Maserati!

Gallery

Tag:

Maserati Levante
Maserati Levante Hybrid
Levante Hybrid
Levante
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K

Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid.

19-02-2023
Kereta Baru

Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K

Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid.

19-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026