Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Di Sebalik Pelantikan CEO Baharu, Adakah Ferrari Bakal Meningkatkan Pengeluaran EV?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ferrari mengalu-alukan kehadiran Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) baharunya, Benedetto Vigna yang akan menyandang jawatan itu bermula 1 September ini.




Vigna dikatakan mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi memandangkan beliau merupakan Presiden Analog MEMS (Sistem Mikro-elektromeknikal) dan Sensor Group di bawah naungan syarikat teknologi terbesar di Eropah, ST Electronics.

Vigna berkelulusan dalam bidang Fizik dari Universiti Pisa, Itali dan beliau kemudian menyertai ST pada tahun 1995 dimana beliau menubuhkan syarikat MEMS.

Bertitik tolak dari situ, beliau mencipta pasaran kepimpinan pasaran ST dalam bentuk peranti antara muka pengguna yang diaktifkan menerusi gerakan.

Beliau juga memainkan peranan dalam pengimejan termasuk penyelesaian tenaga.





“Kami mengalu-alukan kedatangan Benedetto Vigna sebagai CEO Ferrari baharu. Pemahaman beliau dalam teknologi telah banyak membawa perubahan dalam industri kita.

“Beliau juga telah membuktikan dengan adanya kemahiran kepimpinan selain pengalaman luas dalam inovasi dan  pembangunan perniagaan, beliau bakal memperkukuhkan Ferrari,” kata Pengerusi Ferrari, John Elkann.

Sementara itu, Vigna menyifatkan ia merupakan satu penghormatan istimewa kerana dapat menyertai Ferrari sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

“Dengan rasa tanggungjawab terhadap pencapaian luar biasa dan kemampuan Ferrari, apa yang boleh saya katakan kepada semua pihak berkepentingan dalam syarikat dan seluruh dunia bahawa Ferrari mmepunyai keghairahan yang unik,” komen Vigna.



Peranan utama Benedetto Vigna di Ferrari adalah memastikan syarikat itu mengekalkan legasinya sebagai pencipta kereta dunia yang paling memukau  dan paling canggih  dari segi teknikal.

Wow, nampaknya Vigna bukan calang-calang orangnya memandangkan beliau memiliki pengalaman berharga dalam industri semikonduktor hampir 26 tahun!

Di sebalik pengumuman itu, adakah pelantikan baharu ini menandakan bahawa Ferrari bakal meningkatkan pengeluaran  kenderaan elektrik (EV)  pada masa akan datang? 


Gallery

Tag:

Ferrari
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026