Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelantikan Dua Pegawai Kanan Baharu Mercedes-Benz!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan  Sagree Sardien sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat itu dan Ketua Wilayah Mercedes-Benz Cars SEA II yang telah berkuatkuasa bermula pada 1 Jun lalu.

Syarikat itu juga turut mengumumkan bahawa Edmin Naidoo kini merupakan Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Cars Malaysia & SEA II bermula 1 Julai lepas.

Sardien dikatakan memiliki pengalaman dalam automotif lebih 20 tahun manakala, 13 tahun telah bersama dengan syarikat automotif multinasional, Daimler.

Beliau bermula dengan jawatan sebagai ketua operasi Daimler di Afrika Selatan untuk jabatan Pengurusan Kumpulan.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam organisasi Daimler di Afrika Selatan, dalam operasi pengurusan, logistik, jualan, pengurusan produk dan perkidmatan pelanggan.

Sardien kemudian dipindahkan ke Stuttgart, Jerman pada tahun 2018 dimana beliau menggalas jawatan sebagai ketua jualan untuk pasaran Wilayah Luar Negara yang merangkumi Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Asia Barat, Mesir, Turki dan Afrika Selatan.


“Saya sangat teruja untuk menyertai pasukan Malaysia dan ZSEA II. Sejak beberapa tahun lalu, Mercedes-Benz telah menunjukkan perkembangan dalam segmen automotif premium di rantau ini. 

“Ini adalah masa yang luar biasa dan tepat untuk menyeratai  syarikat ini, dan saya berharap dapat menyumbang kepada pelaksanaan cita-cita kami untuk membentuk masa depan mobiliti dan menyokong transformasi persekitaran automotif, ”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga bertanggungjawab dalam pelaksanaan model perniagaan Peruncitan Masa Depan dalam pasaran Afrika Selatan selain mengubahkan persekitaran jualan kepada Model D antara tahun 2016 dan 2018.

Bagaimanapun, Mercedes-Benz mengekalkan kedudukan jenama premium nombor satu di dalam negara.


Sementara itu, Edmin Naidoo telah bersama dengan Mercedes-Benz sejak 25 tahun lalu. Beliau dikatakan memiliki pengalaman dalam peruncitan khidmat pelanggan dan keseluruhan perniagaan.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai pengarah khidmat pelanggan di Mercedes-Benz Australia sebelum mengambil alih jawatan di Malaysia.


Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Negara Minyak Tapi Import Minyak? Ini Realiti Pahit Krisis Tenaga Kita

700,000 Tong Sehari: Ini penjelasan terperinci.

21-04-2026
Berita Auto

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto

Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat 2 jam cetus aliran lumpur di Habu Heights, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

21-04-2026