Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota GR Supra Kini Lebih Canggih!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota GR Supra, model kereta yang berprestasi tinggi ini telah menerima upgrade terkini yang membabitkan penambahan teknologi terbaharu! Penambahan terbaharu ini adalah upgrade buat kali ke-2 bagi Toyota GR Supra selepas pertama kali melalui proses penaiktarafan prestasi pada bulan Julai 2020. 

 

Ditawarkan dalam varian 3L ialah kebolehan sambungan dengan Apple CarPlay bagi melengkapkan sistem paparan berskrin sentuh 8.8 inci yang sudah pun memiliki sistem navigasi built-in serta sambungan Bluetooth dan USB.  Selain itu, tentang sistem audionya, varian ini dilengkapi 12 buah speaker JBL HiFi Surround Sound System.



Mengenai penaiktarafan prestasi yang pernah dibuat tahun lalu, antara ciri baharunya ialah penggunaan enjin enam sebaris berpengecas turbo, yang membolehkan kenderaan mencapai kuasa kuda sebanyak 384 hp daripada 5,800 ke 6,500 rpm dan juga kuasa tork 500 Nm daripada 1,800 rpm ke 5,000 rpm. Selain itu, pistonnya juga diberikan rekaan baharu bagi mengurangkan kemampatan enjin dalam nisbah antara 11:11 ke 10.2:1.

 

Dengan ciri standard kereta iaitu transmisi automatik 8 kelajuan, GR Supra kini boleh melalukan pecutan abad (0-100 km/j) dalam masa hanya 4.1 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding yang pernah direkodkan sebelum ini.  Cesi kereta juga telah ditala dengan penambahan Performance Rod untuk memastikan kereta memiliki kestabilan yang tinggi semasa di selekoh dan juga ketegaran lateral.

 

"Sejak permulaan lagi, parameter rekaan dan kejuruteraan GR Supra telah mementingkan prestasi, pemanduan yang unggul dan juga gaya, elemen-elemen yang dapat menyerlahkan bukan sahaja legasi Supra tetapi juga mewakili asas kepada Gazoo Racing (GR). Model GR dibina untuk melalui proses evolusi secara berterusan, bukan hanya penaiktarafan dalam tiga parameter utama ini tapi juga bagi menggabungkan sistem Connected Mobility dan pemanduan pintar sekiranya terdapat kemajuan terbaharu," ujar Ketua Pegawai Permotoran Gazoo Racing, Akio Takeyama.



Dari segi keselamatan, tidak banyak perubahan yang dilakukan kerana kereta ini masih mengekalkan ciri-ciri yang sama antaranya adalah sistem Amaran Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Laluan, Kawalan Pelayaran Adaptif, Lampu Suluh Tinggi Adaptif, Bantuan Sistem dan  Isyarat Jalan Raya.

 

GR Supra ditawarkan dalam tujuh pilihan warna: White Metallic, Silver Metallic, Ice Grey Metallic, Black Metallic, Prominence Red, Lightning Yellow dan Matte Storme Grey Metallic.

 

GR Supra yang telah dikemaskini ini boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Toyota GR Garage di seluruh negara dengan harga yang bermula daripada RM589,987.  Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan lebih info di sini.

Tag:

Toyota GR Supra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!

Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

03-06-2025
Global

Model Celica Bakal "Bernafas"Semula

Presiden baharu Toyota menyuarakan hasratnya untuk mengembalikan semula model Celica.

24-05-2023
EV

Toyota Bakal Keluarkan EV Supra 2026 Nanti? Ini Pendedahannya...

GR Supra generasi kelima bukanlah yang terakhir bagi Toyota, namun, ia berkemungkinan besar versi terakhir yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE).

26-02-2023
Kereta Baru

Toyota GR Corolla, Toyota GR Supra Manual, GR 86 Kini Rasmi Di M'sia!

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan secara rasmi lima model sport

17-02-2023
Kereta Baru

Betul Ke UMW Toyota Nak Tayang 5 Model Sport Pada 17 Ini?

Ada desas-desus mengatakan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) akan melancarkan lima model sport pada Jumaat ini.

12-02-2023
Berita Auto

Toyota GR Corolla Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Khabar baik buat semua peminat kereta JDM, model terbaharu bakal memasuki pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi!

27-10-2022
Berita Auto

Diubah Suai Menjadi Kereta Sebenar, Traxxas memperkenalkan kereta lumbanya

Traxxas memperkenalkan kereta lumba RC Toyota GR Supra GT4.

23-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026