Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beli Dengan Tenang: Honda Malaysia Lancarkan Kempen "I'm Vaccinated"

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Malaysia telah melancarkan kempen "I'm Vaccinated" untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan sewaktu berurusan dengan mana-mana pusat pengedaran Honda di seluruh negara.  Kempen yang diumumkan ini menunjukkan betapa tingginya komited Honda untuk memastikan semua kakitangan syarikat telah menerima vaksin. 


Dilaporkan kira-kira 80 peratus daripada kesemua kakitangan Honda Malaysia telah menerima vaksin penuh. Hanya mereka yang sudah lengkap dua dos sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan tugas dan akan dipakaikan dengan lencana "I Am Fully Vaccinated." Syarikat menyasarkan supaya kesemua kakitangan sudah menerima vaksin lengkap dalam bulan Oktober tahun ini. 


"Kami percaya inisiatif ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelanggan semasa berinteraksi dengan kakitangan Honda, (ini dilakukan) dengan menunjukkan bahawa kami bersedia untuk bertemu dan melayani pelanggan dalam suasana yang selamat serta memberikan mereka ketenangan fikiran semasa berada di pusat pengedar Honda. Kami juga berharap agar lebih ramai orang mendapatkan vaksin, selain mematuhi SOP pada setiap masa.  Dengan usaha ini, bukan sahaja dapat melindungi diri, tapi juga membantu negara mencapai imuniti kelompok secepat yang mungkin," ujar Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.


Bersama-sama dengan penyambungan semula aktiviti jualan, Honda Malaysia turut melancarkan "Government Staff Program" (Program Kakitangan Awam) - yang menawarkan kakitangan awam dan juga pasangan diskaun sehingga RM1,000 berserta promosi bulanan bagi Honda Jazz dan BR-V. Sah dari 1 September hingga 31 Oktober ini. Pelanggan yang berminat perlu menyediakan salinan surat tawaran dan kad identiti untuk proses pengesahan.


Bersempena dengan Hari Malaysia, Honda Malaysia turut melancarkan promosi September Special Benefits yang iaitu ganjaran sehingga RM6,000 sepanjang bulan September. 


Honda Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau situasi dan juga peka dengan arahan daripada kerajaan berkaitan pencegahan Covid-19. 

Tag:

Honda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

10-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026