Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Betul Ke CaltexGo, Jimat Kaw-Kaw?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Chevron Malaysia Limited selaku pemegang hak jenama Caltex di Malaysia melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih yang dikenali sebagai CaltexGO baru-baru ini.

Aplikasi ini dikatakan menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah untuk pengguna.

Misalnya, jika anda mengisi bahan api di stesen minyak ini, anda sebenarnya berpeluang mengumpul dan menebus kad BPoints Journey dengan mudah.

Malah, anda juga boleh mengetahui lokasi stesen minyak yang berdekatan serta melihat resit elektronik.


Anda juga boleh membuat pembayaran menerusi aplikasi ini. Apa yang anda perlu buat ialah mendaftarkan kad pembayaran dan kad Journey, nyatakan stesen, nombor pam dan jumlah minyak yang ingin diisi.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menebus mata ganjaran sebelum membuat pembayaran.

“Kami bukan sahaja menyediakan produk berkualiti tetapi juga servis memandangkan kami mahu membaiki pengalaman pelanggan kami. Dengan adanya CaltexGo, pengguna boleh mengisi minyak tanpa perlu beratur panjang dan melakukan pembayaran hanya di hujung jari,” kata Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Jay Gomez.

Bagi mengetahui proses pembangunan CaltexGo, syarikat telah mendapat respons daripada pengguna negara jiran seperti Singapura dan Thailand termasuk keluarga dan rakan-rakan Caltex.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya didapati di stesen Caltex di Lembah Klang.

Bagaimanapun, aplikasi ini akan mula didapati di beberapa stesen Caltex di seluruh negara selewat-lewatnya suku pertama tahun 2022.


Pengguna CaltexGO juga berpeluang menerima rebat dan ganjaran menarik. Pengguna pertama yang mengisi minyak minimum RM30 akan menerima cashback sebanyak RM5. Mereka juga akan menerima sekali lagi cashback RM5 dengan pembelian minimum RM30 untuk pembelian kedua berturut-turut (dihadkan kepada RM10 bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Disember 2021). 

Aplikasi CaltexGO boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apple App Store.

Untuk keterangan lanjut, layari  http://www.caltex.com/my/.


Tag:

Chevron
CaltexGO
Caltex
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026