Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX. Seperti yang ramai tahu, terutama sekali peminat Aston Martin, warna hijau merupakan warna rasmi bagi jenama ini.






Tapi tahukah anda bahawa warna hijau ini juga sebenarnya adalah warna ikonik bagi sukan perlumbaan Britain?






Untuk model ini, badan kereta diselaputi dengan warna ini iaitu hijau Arden atau Arden Green. Sementara itu, bahagian dalam kereta ini pula dikemaskan dengan balutan kulit tradisional berwarna Oxford Tan. Kemasan yang digunakan ini sebenarnya adalah untuk meraikan  mutu kerja Aston Martin yang telah pun mencecah 108 tahun!

 









Trenkuasa kereta ini cukup menakjubkan, sangat senyap ketika pemanduan biasa tetapi menghasilkan bunyi ekzos yang cukup memuaskan apabila diuji prestasinya semasa dipecut. 

 

Selain itu, bunyi yang terhasil daripada trenkuasa model ini turut telah diperhalus  dalam mod GT demi keselesaan semasa pemanduan jarak jauh dan untuk bunyi ekzos yang lebih santai didengar.

 

Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan penaiktarafan kepada akustik ekzos jenis sport.  Menggunakan ekzos khas ini, anda boleh mendapat bunyi yang lebih 'dalam' dan agresif berbanding ekzos standard. 








Mengenai ciri kemudahan yang penting, model ini memiliki fungsi menarik seperti lampu belakang dengan kawalan gerak isyarat (gesture), kawalan pad sentuh yang termasuklah Pinch Zoom, Swipe, input teks Direct (Romanic dan Oriental), input isyarat jari, dan arahan 'push to enter.'






Aston Martin DBX ditawarkan pada harga yang bermula daripada  RM 818,000 dan Aston Martin DBX Arden Green pula bermula daripada RM 1,072,000. Kedua-dua harga tersebut tidak termasuk duti dan cukai. 

 

Untuk lebih informasi berkaitan model ini, hantarkan emel kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com

Gallery

Tag:

Aston Martin Kuala Lumpur
Aston Martin DBX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper

Aston Martin Kuala Lumpur lancar Iron Wolf dan edisi Midnight Viper.

01-09-2023
Kereta Baru

Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta

Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...

28-07-2023
Kereta Baru

Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.

24-05-2022
Berita Auto

Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K

Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.

27-12-2021
Berita Auto

Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage.

02-09-2021
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Super SUV Ini Dikemaskini

Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.

22-04-2024
Global

SUV Terpantas Aston Martin, DBX707 Jadi Kereta Perubatan F1 2023

Aston Martin terus membekalkan kenderaannya untuk meneruskan misi menyelamat dalam perlumbaan F1. Kali ini giliran SUV terbaharu, Aston Martin DBX707.

04-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026