- Berita
- Berita Auto
- Berita Baik Untuk Pelanggan Maybank, Subaru Tawar Promosi Istimewa Untuk Anda!
Berita Baik Untuk Pelanggan Maybank, Subaru Tawar Promosi Istimewa Untuk Anda!
Pengedar eksklusif Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd memperkenalkan promosi istimewa, Pandu Sekarang, Bayar Kemudian yang mendapat kerjasama dengan Maybank baru-baru ini.
Bagaimanapun, ia ditawarkan secara eksklusif kepada para pelanggan Maybank yang berhasrat untuk membeli model Forester baharu.
Tawaran ini yang telah bermula sejak Jumaat lalu akan berakhir pada 31 Disember ini.
Untuk makluman anda, harga Subaru Forester bermula dari RM163, 7888 .
-full.jpg)
Jentera ini hadir dengan enam varian: Forester 2.0i-L GT Lite Edition, Forester 2.0i-S, Forester 2.0i-S GT Lite Edition, Forester 2.0i-S Eyesight, Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition dan Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition.
Lebih menarik, para pelanggan layak menerima penangguhan pembayaran ansuran bulanan selama 15 bulan sebaik menerima Subaru baharu mereka.
Setiap Forester yang dibeli menerusi kempen ini dikatakan layak mendapat jaminan selama lima tahun, servis percuma Subaru Eco Sterilising In-Cabin 3D Spray bernilai RM1,200, di mana ia menyingkirkan sehingga 99 peratus bakteria dan virus.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web Subaru di https://www.subaru.asia/my/en/promotions/sales/411/forester-extraordinary/.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/