Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Niro EV Dan Hibrid Dilancarkan: Gerak Sejauh 384 KM Sekali Cas?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ogos merupakan bulan yang agak sibuk bagi Kia selepas mengumumkan secara rasmi  kehadiran tiga buah model terbaharu dalam portfolio mereka: Niro EV 2022, Plug-In Hybrid dan Sorento.  Setiap model yang dikeluarkan telah dihasilkan khas untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang berbeza-beza.


Niro EV 2022






Niro EV 2022 mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 384 km dengan hanya sekali cas mengikut data EPA.  Dua varian diperkenalkan, varian EX dan EX Premium. 

 

Model terbaharu ini dipasangkan dengan logo Kia yang terbaharu pada gril hadapan, pintu belakang, hab stereng dan juga pada rim.  Bergerak ke bahagian dalam kereta, kabin dilengkapi dengan paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci sebagai ciri standard, dengan fungsi seperti navigasi, UVO link, radio satelit Sirius XM dan sistem audio Harman Kardon. 

 

Kereta ini dikuasakan oleh bateri 64 kWj dan juga motor elektrik 201 hp dengan MPGe 105.  Dari segi keselamatan, model terbaharu daripada Kia ini dilengkapi DriveWise - merangkumi kawalan jelajah pintar dengan fungsi Stop and Go, kawalan jelajah pintar berasaskan navigasi, bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan pemanduan lebuh raya dan sebagainya. 

 

Niro EV 2022 ditawarkan pada harga yang bermula daripada  $39,990 (RM167,558) untuk EX dan $44,650 (RM187,083) untuk EX Premium. 


Niro Plug-In Hybrid 2022 






Sementara itu, versi PHEV juga didatangkan bersama-sama untuk Niro model tahun 2022 ini. Versi hibrid ditawarkan dalam tiga varian: LXS, EX dan EX Premium.

 

Niro PHEV mengekalkan jarak perjalanan sejauh 41 km (mengikut data EPA) dengan hanya sekali cas.  Dari segi ekonomi bahan api (MPG), ketiga-tiga varian mencatatkan kapasiti gabungan 46.

 

Hibrid kereta ini dikuasakan oleh enjin GDI 1.6L dengan motor elektrik bersama-sama bateri polimer lithium-ion 8.9 kWj.  Ini membenarkan kenderaan untuk menghasilkan kuasa mencecah 139 hp dan tork 264 Nm, dengan gabungan prestasi sistem hibrid.

 

Kalau diikutkan, tidak begitu banyak bezanya dengan model EV kerana versi hibrid turut menggunakan logo baharu yang sama, termasuklah ciri keselamatan yang sama. 

 

Harga untuk Niro Hybrid bermula daripada  $29,590 (RM123,982) untuk LXS, $33,390 (RM139,904) untuk EX dan $36,490 (RM152,893) untuk EX Premium. Namun begitu, buat masa ini kedua-dua model hanya ditawarkan di Amerika Syarikat. 

 

Selain itu, Kia turut mengumumkan kehadiran Sorento 2022, salah satu model terlaris syarikat.  Untuk model Sorento yang terbaharu ini, versi PHEV diperkenalkan bersama-sama dengan model Hybrid pacuan semua roda.  Pakej X-Line datang dalam dua varian iaitu EX dan S disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk versi kereta yang nampak lebih rugged.  Harga bermula daripada RM $29,490 (RM123,563) ke $38,290 (RM160,435)  bergantung kepada varian, manakal harga untuk PHEV pula akan diumumkan tidak lama lagi.   







Gallery

Tag:

2022 Niro EV
Kia Plug-in Hybrid
2022 Kia Sorento
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026