Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Mission R: Konsep Kereta Sport Elektrik Sepenuhnya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche baru-baru ini telah memperlihatkan kepada orang ramai kereta konsep yang dinamakan Mission R, sekaligus mendedahkan kemungkinan teknologi masa depan automotif sewaktu acara IAA Mobility yang berlokasi di Munich, Jerman.


Dihasilkan dengan gabungan teknologi tercanggih dan juga pembangunan mampan, kereta konsep ini tampil dengan rekaan yang progresif.

  


Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG, Oliver Blume berkata, "Porsche ialah sebuah jenama untuk individu yang memenuhi impian mereka. Sama juga seperti dalam sukan motor.  Kami merasai kekuatan inovatif kami di atas trek perlumbaan, ini menunjukkan keberanian untuk mengejar 'jalan' yang baharu dan memberikan kepuasan kepada pemilik kereta dengan prestasi yang sporty.  Selain terlibat dalam Formula E World Championship, kami turut mengambil langkah besar yang seterusnya dalam mobiliti elektrik.  Mission R merangkumi segalanya yang membuatkan Porsche kukuh: prestasi, reka bentuk dan kemampanan."

 

Selain membayangkan masa depan kereta elektrik sepenuhnya, melalui setup sebagai sebuah kereta yang mengutamakan prestasi, Mission R  boleh digunakan sebagai kereta lumba tanpa sebarang kekurangan pada kuasa output. 


Ini berjaya dicapai dengan dua buah motor elektrik dan juga sel bateri berkapasiti 80 kWj yang baru dihasilkan. Teknologi ini dilengkapkan dengan inovasi penyejuk minyak secara terus.

 

Dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda,  kuasa yang disalurkan ialah setinggi 800 kW (1,088 PS) dan mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa kurang daripada 2.5 saat. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah sehingga 300 km/j.


Dalam masa yang sama, kereta konsep  Porsche Mission R ini juga mampu memberikan output kuasa tetap 500 kW (680 PS) dalam mod lumba atau Race.

 

Secara spesifiknya, motor elektrik dengan kuasa 320 kW (435 PS) disalurkan kepada gandar depan, sementara itu 480 kW (653 PS) pula disalurkan kepada gandar belakang. 


Model ini turut dilengkapi teknologi canggih 900V dan juga Porsche Turbo Charging, ini membolehkan kereta dicas dalam masa hanya 15 minit daripada 5 ke 80 peratus state of charge (SoC).


Selain tampil dengan teknologi yang inovatif, dalam masa yang sama Porsche tidak mengabaikan penjagaan alam semula jadi. Ini kerana, dalam penghasilan badan kereta konsep ini, Porsche turut memberi penumpuan kepada usaha untuk mengurangkan emisi karbon dioksida dan dalam usaha untuk membangunkan secara mampan.


Material yang digelar Natural Fibre Reinforced Plastic (NFRP)  diperbuat daripada serat flaks yang diperoleh daripada aktiviti pertanian banyak digunakan untuk menghasilkan kereta.


Bahagian-bahagian yang dimaksudkan ialah pada luaran kereta seperti bibir spoiler depan, peresap dan skirt tepi. Manakala bahagian dalam pula, flaks digunakan pada panel pintu dan kerusi.

 

Ciri menarik lain kereta ini ialah dari segi keselesaannya. Bahagian dalam kereta telah direka dengan penuh ketelitian untuk memaksimumkan keselesaan pemandu. Ini dapat dilihat melalui layout atau susun atur kokpit yang berorientasikan pemandu.


Sebagai contoh, paparan diletakkan pada kedudukan yang strategik iaitu berdekatan kawalan pada stereng kereta. Paparan ini menunjukkan data yang penting semasa perlumbaaan. 

 

Monitor pada bahagian atas stereng menunjukkan imej daripada kamera cermin sisi dan juga kamera cermin tengah pandang belakang.

 



Bukan itu sahaja, ciri keselamatan kereta juga dipertingkat. Dalam hal ini, jurutera dan pereka Porsche telah pun menamakan dan membangunkan struktur bumbung gentian karbon baharu 'exoskeleton' yang tinggi dari segi tahap keselamatannya. 

 


Dari segi saiz, Mission R berkepanjangan 4,326 mm dengan lebar 1,990 mm dan berdiri pada ketinggian 1,190 mm.

 


Dengan penghasilan kereta konsep Porsche Mission R, peminat kereta lumba sudah boleh mendapat gambaran tentang kemungkinan kemajuan teknologi kereta lumba pada masa akan datang.


Gallery

Tag:

Porsche
Mission R
Porsche Mission R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026