Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prestasi Tinggi Jentera Ini Meninggalkan Kesan Mendalam Dalam Filem No Time To Die

Suhana Veru

Kongsi melalui

Range Rover Sport SVR dirakam melakukan aksi esktrem menerusi filem James Bond, No Time To Die baru-baru ini.

Pembikinan rakaman filem No Time To Die di sebalik tadbir cukup teruja dengan jentera itu yang mampu melakukan aksi lasak dengan begitu sempurna.

Pasukan produksi itu tampil menjelaskan mengapakah Range Rover SVR dipilih untuk filem berkenaan.

Diketuai oleh penyelia aksi kenderaan dan kesan khas Chris Corbould, penyelia aksi stunt, Lee Morrison mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan utiliti sukan mewah itu dalam adegan kejar-mengejar di tengah-tengah aksi filem berkenaan.

“Saya amat berminat untuk merakam adegan kejar-mengejar filem Bond di luar jalan (off-road) dalam suasana yang sememangnya mencabar.

Range Rover Sport merupakan pilihan tepat untuk babak ini. Kami berpeluang merakam adegan itu dan melakukannya di tahap paling maksimum. Ia merupakan hasil momen yang tidak akan dilupakan dalam filem berkenaan,” katanya.

Range Rover yang digunakan dalam filem No Time To Die itu dikatakan memiliki suspense yang ditala sama seperti pengeluaran model berkenaan.

Range Rover Sport SVR ini membawa prestasinya ke tahap baharu dengan pemanduan dinamik yang telah ditingkatkan selain kuasanya 567 kuasa kuda bersama enjin V8.

Oeh itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.5 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi sekitar 283km/j menjadikannya ia Land Rover paling laju setakat ini.

Ia hadir dengan rim aloi Narvik Black bersaiz 22 inci dan turut dilengkapi dengan pilihan Carbon Pack yang terdiri daripada fiber karbon glos di saluran fender hadapan, bampar dan gril.

Selain itu, pilihan bonet berventilasi gentian karbon SVR yang ringan menampilkan kemasan berwarna badan dalam 'No Time To Die'. 

Lebih menarik, para pelanggan boleh membuat pilihan untuk meniru spesifikasi 'No Time To Die' dengan satu klik menggunakan konfigurator dalam talian Land Rover.

Fuhh, sungguh hebat!

Sementara itu, Pengarah Operasi Pemasaran Jenama Land Rover dan Jaguar, Finbar McFall menyifatkan bahawa SVR Range Rover Sport yang digunakan dalam filem itu dilihat menambilkan gabungan unik menampilkan gabungan unik antara aksi yang dilakukan secara penuh berhati-hati dan prestasinya.

Filem itu turut menggunakan Range Rover Classic bersama tiga jentera Defender dan Siri Land Rover.

Mengenai harganya, jentera ini dijual pada harga RM 569,553 di United Kingdom. 


Gallery

Tag:

Range Rover Sport SVR
Land Rover
range rover
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Range Rover Sport SVR Edisi Ultimate Dalam Warna Yang Unik!

Special Vehicle Operations melancarkan Range Rover Sport SVR edisi khas dengan pilihan warna unik.

01-10-2021
Global

Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih

Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.

29-05-2025
Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Berita Auto

Defender 90 Edisi Terhad, Kereta Ikonik Kini Dihasilkan Dalam Saiz Mini: Hanya RM372!

Pereka kereta Land Rover telah menghasilkan Defender 90 dalam versi mini.

08-11-2021
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Kereta Baru

Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K

Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...

20-02-2024
Global

Range Rover Evoque 2024 Kini Lebih Bergaya & Canggih, Ini Perinciannya

Range Rover Evoque diberikan pembaharuan di luar dan dalam. Klik untuk kupasannya...

21-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026