- Berita
- Pandu Uji
- Dah Fikir Nak Tempah Aruz? Jom Tengok Beza Spesifikasi Aruz dengan Pesaingnya!
Dah Fikir Nak Tempah Aruz? Jom Tengok Beza Spesifikasi Aruz dengan Pesaingnya!
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah memperkenalkan Aruz pada 15 Januari 2019.
Sejak dua tahun lalu, ia menerima tempahan luar biasa dalam kalangan para pengguna di Malaysia berikutan harganya yang berpatutan.
Seperti sedia maklum, hanya ada dua varian yang ditawarkan, Aruz 1.5 X dan varian paling tinggi, Aruz 1.5 AV.
Varian X ditawarkan pada harga RM70,846.35, manakala AV (RM75,684.15).
Berdasarkan jadual di atas, varian X didatangkan dengan rim aloi 17 inci, lampu hadapan dan belakang LED, kerusinya dibaluti dengan material fabrik, kerusi barisan kedua boleh dilipat selain terdapat kamera undur.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 6 speaker, dua USB, eco-idle, enam beg, VSC dan kawalan cengkaman.
Sementara itu, varian AV pula tampil dengan ciri tambahan lampu hadapan automatik LED, rel bumbung, kerusi dibaluti dengan kulit, sistem multimedia dengan navigasi Smart Link untuk android dan HDMI, Perakam Video Pemanduan.
Menyentuh mengenai pesaingnya pula, ia terdiri daripada Honda BR-V, Toyota Rush, Toyota Avanza dan Mitsubishi Xpander.
Kita mulakan dengan pesaing pertamanya iaitu BR-V yang seberat 1,260 kilogram (kg). Ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter, 16 injap pemasaan injap boleh ubah dimana ia dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik CVT.
Ia dikatakan mampu menghasilkan 119 kuasa kuda pada takat 6,600 rpm manakala torknya, 145Nm@4,600 rpm.
Kelajuan maksimum BR-V ini ialah 160 kilometer sejam( km/j).
Seteru keduanya ialah Toyota Rush yang seberat 1,305kg. Ia juga menggunakan enjin yang sama dengan BR-V iaitu enjin 1.5 liter, 16 injap pemasaan dwi injap boleh ubah sekali gus mampu menghamburkan kuasa 104hp@6,000 rpm dan tork 138Nm@4,200 rpm.
Enjinnya juga digandingkan dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
Pesaing ketiganya pula ialah Toyota Avanza. Ia juga menggunakan enjin yang sama dengan BR-V dan Rush. Tiada apa yang bezanya!
Avanza pula mampu menghasilkan 103hp@6,000 rpm dan torknya pula mencecah 136Nm@4,200 rpm.
Akhir sekali ialah Mitsubishi Xpander. Jentera yang seberat 1,269 kg ini pula menggunakan enjin 1.5 liter, 16 injap DOHC aspirasi semula jadi dengan pemasaan injap boleh ubah dengan transmisi empat kelajuan.
Pendek kata, tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi enjin antara keempat-empat pesaingnya.
Apapun, jika anda masih mempertimbangkan untuk membeli Aruz, mungkin anda sudah boleh membuat keputusan tepat selepas menonton video terperinci mengenai Aruz di saluran Youtube dan halaman Facebook kami, CariCarz!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari