Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.

 

Secara umumnya, kereta sport elektrik keluaran Porsche ini kini boleh bergerak lebih jauh daripada model generasi sebelumnya, ia juga kini tampil dengan beberapa kemas kini sistem terbaharu dan ditawarkan dalam lebih banyak pilihan warna.

 

Naib presiden Porsche bagi model Taycan, Kevin Giek berkata, "Taycan generasi terbaharu ini  menarik dari segi sambungan telefon pintarnya yang lancar, yang kini termasuk Android Auto. Kereta elektrik sepenuhnya, Taycan ini semakin bertambah maju.  Cross Turismo terbaharu yang telah dimasukkan ke dalam barisan model ini pada musim bunga, terbukti popular dalam kalangan pelanggan, ini ditunjukkan daripada bilangan tempahan yang tinggi."



Model terbaharu ini kini tampil dengan lebih banyak varian. Jarak perjalanan model ini juga dikatakan lebih jauh berbanding generasi sebelumnya, ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang telah berjaya dicapai hari ini.



Selain itu, pengurusan haba dan fungsi pengecasan juga telah ditingkatkan secara signifikan.

 

Dengan menggunakan Turbo Charging Planner, bateri bervoltan tinggi ini boleh dipanaskan untuk meningkatkan suhu dan membolehkan peranti dicas dengan lebih laju.

 

Baki haba daripada komponen elektrik kereta tidak disia-siakan begitu sahaja, haba ini dimanfaatkan untuk mengawal suhu bateri kereta.

 

Seterusnya, peningkatan dari aspek sistem kereta.  Taycan generasi terbaharu kini hadir dengan ciri bantuan pemandu iaitu bantuan parkir jarak jauh.



Ciri baharu ini memudahkan kereta untuk diparkir dari jarak jauh melalui aplikasi dalam telefon pintar.

 

Sistem ini boleh digunakan untuk kedua-dua jenis parkir sama ada parkir melintang ataupun parkir jenis selari termasuklah parkir dalam ruang tertutup seperti garaj. 

 

Sistem akan mengesan secara automatik ruang parkir yang disediakan sebelum mengukur saiz ruang dengan menggunakan sensor ultrasonik dan kamera.

 

Jika ada ruang yang cukup, pemandu boleh memulakan proses parkir melalui aplikasi Porsche Connect sebelum keluar daripada kereta. 



Menggunakan telefon pintar, pemandu boleh memantau proses parkir dengan menekan butang yang dipaparkan dalam aplikasi.

 

Selagi mana butang ini ditekan, kereta akan bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk masuk ke dalam petak parkir. Bila butang ini dilepaskan, pergerakan kereta akan berhenti walaupun proses parkir masih belum selesai.

 

Seterusnya ialah dari aspek infotainmen, sistem yang digunakan ialah Porsche Communication Management generasi yang keenam (PCM 6.0).

 

Daripada keluaran yang terawal lagi, model ini boleh diintegrasikan dengan Apple Music dan Apple Podcasts. 



Terkini, Taycan sudah boleh disambungkan dengan Android Auto dan juga Apple CarPlay.

 

Fungsi telefon dan aplikasi telefon pintar tertentu yang tidak bahaya untuk digunakan semasa memandu kini boleh berfungsi melalui PCM 6.0 atau arahan suara Google Assistant. 

 

Selain itu, sistem Voice Pilot kereta ini kini sudah semakin pintar kerana boleh memahami arahan yang diberikan dengan menggunakan bahasa yang lebih santai. 

 

Di samping itu, sistem navigasi satelit kereta kini mampu memproses maklumat lokasi dengan lebih pantas dan dapat memaparkan informasi dengan lebih jelas berbanding sebelum ini.



Akhir sekali, warna ikonik Porsche kini kembali ditawarkan. Selain 17 warna standard yang ditawarkan, terdapat pilihan warna yang boleh ditempah khas melalui program pemilihan warna Paint to Sample dan Paint to Sample Plus. 

 

Program Paint to Sample daripada Porsche Exclusive Manufaktur ini membolehkan pembeli kereta memilih mana-mana daripada 65 warna tambahan yang ditawarkan. Antara warna yang ada adalah seperti Moonlight Blue Metallic, Acid Green, Rubystar Red, Riviera Blue dan Viola Metallic.


Sementara itu, program Paint to Sample Plus pula membolehkan pembeli kereta memilih apa sahaja warna yang diinginkan dan dalam masa yang sama boleh dipadankan dengan aksesori kereta yang lain.

 

Macam mana? Ada yang tertarik untuk beli kereta mewah ini?

Gallery

Tag:

Porsche
Porsche Taycan
Porsche Taycan Cross Turismo
Taycan Cross Turismo
Taycan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026