Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Untuk Permulaan, Selangor Akan Pasang 1,000 Stesen Pengecasan EV Pada Tahun 2022

Suhana Veru

Kongsi melalui

Buat warga Selangor yang berhasrat untuk membeli kenderaan elektrik (EV), ini berita baik buat anda semua!

Untuk makluman anda, kerajaan negeri Selangor berhasrat untuk memasang sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecasan EV menjelang tahun 2025.


Bagaimanapun sebagai permulaan, sebanyak 1,000 stesen pengecasan pertama dijangka akan dipasang pada tahun hadapan.

Perkara itu diutarakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Selangor semalam.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan stesen EV, pihaknya telah berkolaborasi dengan beberapa sektor swasta dimana ia membabitkan pelaburan sebanyak RM10 juta

Menurutnya, Selangor mahu menjadi perintis dalam penggunaan EV bagi semua jenis kenderaan termasuk bas, lori, van dan lori sampah.

Lebih menarik, bagi menggalakkan penggunaan EV, kerajaan Selangor turut berhasrat untuk menyediakan beberapa insentif kepada perniagaan dan industri yang telah melabur dalam projek infrastruktur EV.


“Insentif itu termasuk pengurangan yuran perniagaan dan cukai taksiran. Selain itu, bayaran parkir yang terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan juga akan dikecualikan bagi pengguna EV pada 2022,” katanya.

Dalam perkembangan lain, percaya atau tidak, kira-kira 3.78 juta  kenderaan di seluruh negara masih belum memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) sehingga 15 November lalu.

Perkara itu disahkan oleh  Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadli Ramli.

Susulan itu, pihak JPJ  menjangkakan akan berlaku kesesakan luar jangka untuk proses berkenaan menjelang tarikh akhir pada 31 Disember nanti.

Bagi menyelesaikan serbuan berlaku pada saat-saat terakhir, JPJ akan membuka semua kaunternya di seluruh negara pada hujung minggu mulai hari ini dalam usaha mengurangkan kesesakan bagi urusan memperbaharui LKM.


Bagaimanapun, anda masih boleh memperbaharui lesen LKM memandangkan  tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM akan berakhir pada 31 Disember ini.

Jadi, tunggu apa lagi, perbaharui lesen LKM anda hari ini!


Tag:

EV Selangor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Bas EV Kurangkan 700kg Karbon Dioksida Sehari Di Shah Alam

Penggunaan bas elektrik dapat mengurangkan pencemaran udara.

25-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026