- Berita
- Berita Auto
- Promosi Itu Telah Bermula Kelmarin
-full.jpg)
Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan promosi servis sempena hujung tahun dan sambutan Tahun Baru Cina.
Program yang bermula kelmarin akan tamat pada 15 Februari depan. Oleh itu, promosi ini hanya sah sepanjang tempoh berkenaan.
Para pelanggan yang membuat tempahan mengikut tempoh itu dikatakan berpeluang menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih.

Dalam perkembangan sama, mereka juga mampu menikmati penjimatan sebanyak 10 peratus diskaun untuk pakej upah penukaran minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan.
Bagi mendapatkan pakej tambahan minyak pelincir dengan tambahan RM40 untuk mana-mana alat ganti atau pakej servis, para pelanggan akan menerima pelitup muka berjenama Ford eksklusif secara percuma.
Pada masa sama pelanggan yang membuat pembelian tambahan bernilai RM500 pula akan mendapat beg anyam denim eksklusif beserta pelitup muka Ford.
Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27 mata secara percuma.
-full.jpg)
Oleh itu, pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian menerusi laman web Ford atau Pusat Servis terdekat Ford yang terletak di seluruh negara.
Terdapat lima pusat servis yang sah iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

