Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pamer E-Motor Baharu, Ford Mempersembahkan F-100 Eluminator

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mempamerkan motor elektrik baharunya, Blue Oval mempersembahkan trak pikap Ford keluaran tahun 1978 yang menggunakan tenaga elektrik, F-100 Eluminator.

Kereta berstatus vintaj ini memaklumkan bahawa sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan kereta sebenarnya boleh membeli motor Eluminator dan memasangnya ke dalam kenderaan elektrik (EV) atau kereta klasik yang ditempah khas.

F-100 Eluminator menampilkan dua motor yang mana setiap satu motor terletak  pada  gandar sekali gus memberikan sistem pacuan semua roda.

Malah,  motor Eluminator yang berasal daripada SUV Mustang Mach-E GT mampu  menghasilkan 281 hp dan 430 tork. 

Buat masa ini, Ford menjual motor kenderaan berkenaan pada harga AS$,3,900 (RM 16,397) tetapi berhasrat untuk menjual kesemuannya termasuk sistem bateri untuk projek DIY bagi menghasilkan EV. 

Begitupun, mengubahkan kenderaan vintaj dengan menggunakan motor elektrik berteknologi tinggi bukanlah satu penemuan baharu, sebaliknya ia merupakan industri yang berkembang maju.

Misalnya, Zelectric yang berpangkalan di California memiliki kepakaran dalam mengubah suai Volkswagen dan Porsche lama.

Hasil rekaan  Lunaz dikatakan telah berjaya membaik pulih sejumlah kereta-kereta klasik seperti Bentley, Jaguar, Rolls Royce dan Range Rover.

Pendek kata, pembuat kereta yang kukuh bukan sahaja menggandakan jualan EV tetapi mereka giat memulih dan terlibat dalam pengubahsuaian kereta menjadi kenderaan elektrik. 


Gallery

Tag:

Ford
F-100
Eluminator
Ford F-100
F-100 Eluminator
Ford F-100 Eluminator
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026