Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Bas Hilang Kawalan, 10 Kereta Dirempuh!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bas ekspres rempuh kira-kira 10 buah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di Perai pada petang Isnin, semalam.

 

Tular video di media sosial termasuk Twitter yang menunjukkan saat-saat sebelum kejadian dan ketika kemalangan ini berlaku. Daripada video tersebut dapat dilihat bas yang berada di laluan kanan hilang kawalan dalam keadaan terhuyung-hayang secara tiba-tiba.


Sejurus selepas itu, bas tersebut merempuh Toyota Vellfire sebelum turut melanggar sembilan kenderaan lain dalam laluan sama.

 

Kemalangan ini menyebabkan kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua kerana pergerakan kedua-dua lorong terhalang sebelum kembali lancar pada sekitar 4.50 petang.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, laporan berhubung kejadian tersebut diterima pihak polis kira-kira jam 2.40 petang.



“Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


 

Shafee turut meminta pengguna lebuh raya yang berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Sufi Abdul Razak di talian 013-477 4542 atau 04-538 2222.

 

Kejadian ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026