- Berita
- Berita Auto
- Ford Lipat Gandakan Pengeluaran Trak Elektrik F-150 Lightning
![]()
Terjual sebanyak 150,000 unit setahun, Ford Motor Company merancang untuk melipatgandakan pengeluaran trak pikap F-150 Lightning di kilang Rouge Electric Vehicle Centre, Dearborn, Amerika Syarikat.
Perancangan ini dibuat untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap F-Series versi elektrik sepenuhnya yang merupakan model terlaris Amerika.

Presiden The Americas & International Markets Group, Ford Motor Company, Kumar Galhotra berkata, "Dengan hampir 200,000 tempahan, pasukan kami akan bekerja keras dan secara kreatif untuk memecahkan kekangan pengeluaran supaya dapat dapat menghantar lebih banyak trak F-150 Lightning kepada pelanggan. Realitinya jelas, orang ramai sudah bersedia untuk F-150 elektrik sepenuhnya, dan Ford sedang melakukan segalanya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran."

Syarikat sedang melakukan proses tempahan secara berperingkat. Dalam proses ini, orang ramai yang telah membuat tempahan dimaklumkan supaya melihat emel jemputan daripada Ford atau masuk ke akaun Ford.com dalam masa beberapa bulan akan datang.
Sementara itu, pelanggan yang tidak menerima jemputan untuk penukaran kepada model 2022 ini, masih berpeluang untuk mendapatkan model keluaran tahun akan datang.

Buat masa ini, pemegang tempahan kumpulan pertama telah pun menerima jemputan untuk menempah F-150 Lightning.
Bagi memenuhi peningkatan permintaan ini, kakitangan yang terbabit dalam proses pengeluaran, jualan, strategi, pembangunan produk dan perancangan kapasiti sedang berusaha untuk mencari cara bagi menyesuaikan syarikat dengan perkembangan mendadak ini di samping membesarkan pengeluaran.

Ford juga sedang berusaha bersama-sama dengan pembekal utama dan kilang pengeluaran syarikat, Rawsonville Components Plant and Van Dyke Electric Powertrain Centre dalam pencarian kaedah untuk meningkatkan kapasiti penghasilan alat ganti kenderaan elektrik, seperti sel bateri, bekas bateri dan sistem pemanduan elektrik.

Awal Januari lalu menandakan fasa terakhir pra-bina sebelum bergerak kepada pengeluaran besar-besaran trak F-150 Lightning untuk dijual kepada orang ramai, manakala F-150 Lightning Pro pula untuk pelanggan komersial.

F-150 Lightning 2022 dijual pada harga $39,974 (RM 167,871) sebelum insentif cukai yang ditawarkan kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Ford kini sedang membina kilang pengeluaran auto yang terbesar, tercanggih dan efisien sepanjang kewujudan syarikat selama 118 tahun di Tennessee, AS. Kilang ini bakal digunakan e-pikap F-Series yang akan datang.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

