Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Carens Bakal Menembusi Pasaran Di India Pada Selasa Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kia Carens serba baharu dikhabarkan akan dilancarkan pada 15 Februari ini di India dengan tiga pilihan enjin.

Pilihan enjin itu terdiri daripada  Smartstream 1.5 liter, petrol turbo T-GDi Smartstream 1.4 liter dan enjin diesel 1.5 CRDi VGT. 

Begitupun, ketiga-tiga enjin akan didatangkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan sebagai standard, manakala enjin petrol didatangkan dengan unit penukar tork automatik 7-kelajuan dan 6-kelajuan pilihan.


Secara amnya,  kenderaan pelbagai guna (MPV) ini berasaskan platform yang sama seperti Kia Seltos dan menggunakan bahasa reka bentuk syarikat iaitu 'Opposites United'.

Dibina dengan rangkaian kuasa petrol dan diesel yang sama seperti Kia Seltos, kenderaan dengan tiga barisan tempat duduk itu nampaknya mendapat permintaan yang tinggi.

Apa tidaknya,  syarikat itu menerima lebih 7,700 pra-pesanan untuk Carens hanya dalam tempoh 24 jam pertama sebaik tempahan dibuka.


Untuk rekod, Kia Carens akan menjadi produk keempat pengeluar kereta Korea Selatan itu di India.

Ia menawarkan lima trim- Premium, Prestige, Prestige Plus, Luxury dan  Luxury Plus. Ia yang hadir dengan enam dan tujuh barisan tempat duduk nyata menawarkan tempat duduk yang cukup luas.


Difahamkan, ia merupakan Kia pertama di India yang menggunakan bahasa reka bentuk yang baharu yang mula diperkenalkan pada Kia EV6 di seluruh dunia.

Seperti biasa, jentera ini juga menawarkan lampu hadapan LED, lampu nyalaan siang hari LED, rim aloi 16-inci, rel bumbung, bahagian bamparnya pula didatangkan dengan perincian krom.


Menyentuh mengenai kabin dalamannya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen 10.25 inci yang hadir bersama teknologi “Kia Connect”.

MPV ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi premium Bose dengan lapan pembesar suara.

Apa yang menarik, ia turut menyediakan udara bersih kepada pemandu dan penumpang memandangkan terdapat Smart Pure Air Purifier dengan perlindungan virus dan bakteria.

Sementara itu, kerusi hadapannya berventilasi manakala barisan tempat duduk kedua pula boleh dilaras secara elektrik selain terdapat bumbung panorama.


Menyentuh mengenai ciri keselamatan, ia menawarkan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), Sistem Brek Anti-Kunci , Sistem Bantuan Brek dan sensor undur kereta.


Apakah pendapat anda mengenai jentera ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Gallery

Tag:

Kia
Kia Carens
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026