Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik syarikat untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti digital dalam untuk kereta mewah.



Selaras dengan misi ini, Porsche Ventures telah melaburkan sejumlah dana kepda sebuah syarikat percetakan – INTAMSYS (Intelligent Additive Manufacturing Systems) yang terkenal dengan perkhidmatan cetakan 3D premium menggunakan bahan daripada gred yang terbaik.


"Kami seronok melihat produk dan visi kami dihargai dan disokong oleh Porsche," ujar Ketua Pegawai Eksekutif INTAMSYS, Charles Han.





INTAMSYS berkepakaran tinggi dalam cetakan 3D daripada prototaip kepada pengeluaran besar-besaran. Syarikat ini bercita-cita untuk mempercepatkan penerokaan teknologi terbaharu bagi menghasilkan produk yang boleh digunakan dalam bidang aeroangkasa, automotif, penyelidikan, perubatan dan sebagainya.



Memandangkan industri automotif sedang melalui transformasi digital secara beransur-ansur, teknologi cetakan 3D kini semakin banyak digunakan selain menunjukkan pembangunan yang pesat.



Porsche kini sedang mengkaji kemungkinan penggunaan teknologi percetakan 3D untuk menambah baik alat-alat ganti dan komponen kecil dalam penghasilan kereta-kereta syarikat. Dilaporkan, Porsche telah pun mencipta  tempat duduk bucket penuh menggunakan cetakan 3D untuk model-model seperti Boxter, Cayman dan 911.



"Transformasi digital telah meresap ke dalam setiap aspek pengeluaran dan kehidupan harian serta tersenarai sebagai salah satu isu utama dalam strategi operasi Porsche,” kata Jens Puttfarcken, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche China.


Gallery

Tag:

: Porsche
Porsche 911
Porsche Cayman
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!

Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.

09-11-2022
Berita Auto

Porsche Hangus, Mujur Pemandu Selamat!

Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar berhampiran banguanan Kellie’s Castle, Perak.

06-10-2022
Global

Porsche Umum Ketibaan Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition

Porsche mengumumkan ketibaan kereta sports paling istimewa, Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition yang akan berada di bilik pameran dalam tempoh terdekat ini.

13-06-2022
Berita Auto

Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan

Kilang pemasangan kereta sport Porsche di Kulim, Kedah

29-03-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Berita Auto

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Tidak Melepaskan Peluang Mengikuti Perjalanan Itu

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars di Kanada, Marc Ouayoun mengunjungi tujuh pusat kereta Porsche yang terletak di seluruh Kanada baru-baru ini.

13-10-2021
Berita Auto

Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif

Muzium Porsche di Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche.

20-09-2021
Berita Auto

Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring

911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife

17-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026