Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Harapan seorang pemilik Nissan Silvia 180SX untuk mendapatkan semula kereta kesayangannya itu hancur lebur apabila ia ditemui hangus terbakar di Kelantan semalam.

Pemilik kereta itu, Louis Lai  menghebahkan berita kehilangan keretanya di media sosial dengan harapan keretanya dapat ditemui semula.


Malah, dia sanggup menaikkan wang ganjaran daripada RM10,000 kepada RM20,000 semata-mata untuk mendapatkan semula keretanya.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila kereta yang dicuri di Kepong, Kuala Lumpur ditemui dalam keadaan hangus terbakar berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tasek, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.


Susulan penemuan kereta itu, pihak polis telah menghubungi Louis untuk membuat pengecaman kereta.

Louis dikatakan telah mengesahkan kereta yang ditemui oleh pasukan polis di Kelantan adalah keretanya.


Sudah pastinya, hancur luluh hati pemiliknya melihat kereta bernilai RM100,000  yang  hanya dikeluarkan di Jepun bermula tahun 1989 hingga 1993 sudah menjadi besi buruk sehingga tidak dapat dibaik pulih semula.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal sedang giat memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan namun tiada sebarang penemuan mayat rentung di dalam kereta itu seperti mana yang ditularkan tular di media sosial,” tegasnya.

Begitupun, insiden itu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen. 

Ada yang membuat andaian bahawa si pelaku itu sanggup berbuat demikian gara-gara gagal membawa lari.

Nyata, insiden yang berlaku itu bukan sahaja memberi kesedihan kepada pemiliknya malah seluruh peminat automotif. 

Ini kerana  model kereta berkenaan sudah jarang ditemui dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.


Tag:

#nissan
Nissan Silvia
Nissan silvia 180SX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.

16-02-2022
Berita Auto

Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu

Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.

15-02-2022
Berita Auto

ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

10-02-2022
Berita Auto

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto

Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

10-12-2021
Berita Auto

Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.

11-11-2021
Berita Auto

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.

17-09-2021
Berita Auto

ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.

03-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026