Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Pengalaman Sebenar Menggunakan Mod-X

Suhana Veru

Kongsi melalui

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, menganjurkan pandu uji sistem mod X untuk pihak media di Bilik Pameran Subaru, Petaling Jaya baru-baru ini.

Oleh itu, Subaru telah mengatur sebuah model Subaru XV 2.0i-P Eyesight bagi memberi peluang kepada media untuk merasai pengalaman sebenar menggunakan sistem canggih itu.

Dari segi dimensi, panjang maksima ialah 4,484 mm dan jarak roda pula sekitar 2,665mm. Model ini dikatakan amat sesuai untuk golongan yang sudah bekeluarga dan bagi yang gemar menggembara.

Model ini mempunyai dua ciri istimewa: Dwi-Fungsi X-Mod dan  teknologi canggih bantuan pemandu Eyesight.


Memandangkan kami tidak berpeluang memandu uji di kawasan off-road namun ia tidak menjadi penghalang untuk kami merasai pengalaman sebenar.

Untuk itu, Subaru telah membina satu simulasi laluan off-road bagi membuktikan bagaimana Subaru mampu menangani keadaan jalan raya yang licin atau mencabar.

Sebaik melangkah masuk ke dalam jentera ini, ia nyata menawarkan ruang yang cukup lebar dan luas.


Menyentuh mengenai pemanduannya, ia nyata memberi cengkaman yang agak baik ketika kami melalui beberapa laluan yang menggelongsor.

Sebaik menekan butang mod X, pemandu perlu memahami beberapa perkara yang berlaku apabila sistem diaktifkan.

Menerusi aplikasi, mod -X dikatakan mengurangkan input pendikit untuk peningkatan kawalan kuasa enjin, yang membantu mengawal putaran roda serta menawarkan cengkaman yang baik ketika kereta berada di laluan licin atau mencabar.

Selain itu, apabila butang Mod-X dihidupkan, pendikit enjin dikawal, transmisi rendah, kawalan pacuan semua roda dipertingkatkan manakala, Kawalan Dinamik Kenderaan berfungsi seiring dengan keadaan, dan akhirnya, Kawalan Turun Bukit akan membantu roda daripada tergelincir.

Untuk makluman anda, XV 2.0 i-P Eyesight menggunakan roda aloi bersaiz 17 inci manakala kenderaan utiliti sukan itu menawarkan enjin 2.0 liter, empat silinder yang dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan.

Kapasiti tangki minyaknya pula mencecah sehingga 63 liter.

Sementara itu, beberapa ciri yang ditambahkan ialah tempat duduk pemandu boleh dilaras lapan arah dengan fungsi Memori serta cermin sisi yang boleh dihalakan secara automatik semasa termasuk ciri terbaharunya, SI-DRIVE.

SI-Drive dikatakan  berfungsi sebagai tindak balas pada enjin dan menyalurkan kuasa  apabila terperangkap dalam apa jua keadaan sekalipun.


Pandu Uji

Kami ditawarkan untuk mengikuti dua kategori pandu uji. Salah satunya ialah merempuh sehelai banting bagi menguji sejauh mana sistem Eyesightnya berfungsi.

Ini kerana crossover berkenaan ditambahkan dengan stereng kecemasan automatik.

Nyata brek pra pelanggaran dilihat agak berkesan kerana ia dapat mengelakkan perlanggaran semasa kami memandu tidak melebihi 40 kilometer untuk merempuh banting berkenaan.

Bagi membuktikan keberkesanan sistem canggih itu,  kami merempuh di bahagian kanan, ia nyata memberikan brek yang agak padu.


Beralih kepada aktiviti kedua, kami diminta untuk berhenti seketika di hadapan platform gelongsor merasai laluan yang licin.

Di saat inilah, kami dapat mengetahui bagaimana Mod-X memindahkan kuasa kembali ke rodanya dan kemudian membantu menghantar kuasa secara bersilang.

Beberapa minit kemudian, kami mencuba satu lagi platform yang agak mencabar dimana ia menawarkan satu pengalaman yang cukup mengujakan.

Apa tidaknya, ketika tayar sebelah kiri terangkat ke atas, di situlah, mod-X mengalihkan kuasanya memandangkan roda belakang dan depan tidak menyentuh tanah.

Maka, sudah terbukti mod-X dapat mengatasi pelbagai cabaran dengan begitu mudah dalam penuh bergaya.

Maka, tidak hairanlah mengapa Subaru cukup terkenal dengan sistem suspensi yang mantap! 

Biarpun, ia  ditawarkan pada harga RM139,788, namun saya melihat harga ini cukup  berbaloi memandangkan jentera ini dilengkapi dengan teknologi  keselamatan baharu selain kawalan perisian yang sudah dinaiktaraf.

Tahniah kepada Subaru kerana membangunkan mod-X yang cukup memukau

Adakah anda sudah mencuba crossover ini? Jika ya, kongsikan pengalaman anda di bawah ruangan ini! 


 

Gallery

Tag:

Subaru XV
Subaru XV GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan

Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas

20-01-2025
Global

Mungkinkah Ini Imej "SUV Baharu" Subaru Yang Akan Dilancarkan 15 Sep Nanti?

Subaru baru sahaja mengumumkan kedatangan SUV baharu 15 September nanti dan berkongsi sebuah video pendek.

05-09-2022
Kereta Baru

Subaru XV & XV GT Baharu Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM139,788

Subaru XV dan XV GT untuk tahun 2022 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga yang bermula daripada RM139,788. Ini spesifikasi barunya...

20-12-2021
Pandu Uji

Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV

Subaru XV yang terkini ditawarkan dalam tiga varian – XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P. Ini maklumat terperinci setiap varian...

17-08-2021
Pandu Uji

Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon

XV dikatakan antara model terpenting buat Subaru. Ia merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditawarkan pada harga berpatutan.

17-08-2021
Kereta Baru

Subaru XV 2.0i-P 2021 Yang Dinantikan Selama Ini Tembusi Pasaran Malaysia!

TC Subaru Sdn Bhd melancarkan Subaru Subaru XV 2.0i-P ke pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM131,788 (di atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).

04-05-2021
Kereta Baru

Subaru XV & XV GT Baharu Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM139,788

Subaru XV dan XV GT untuk tahun 2022 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga yang bermula daripada RM139,788. Ini spesifikasi barunya...

20-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026