- Berita
- Pandu Uji
- Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon
Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon
XV ini dikatakan antara model terpenting buat Subaru. Ia merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditawarkan pada harga berpatutan.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi jentera ini, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia Motor Image Malaysia Sdn.Bhd memberi peluang kepada pasukan Caricarz untuk merasai pemanduan sebenar Subaru XV Edisi GT.
Nyata, pasukan Caricarz tidak melepaskan peluang menikmati setiap momen pemanduan jentera ini.
Untuk makluman anda, Subaru XV Edisi GT ini ditawarkan pada harga RM137,788 (di atas jalan tidak tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Selain mengenai harga, perbezaan antara Edisi GT dan dua varian lain - 2.0i and 2.0 iP ialah tampil dengan kit badan yang lebih sporty, roda 17 inci, sistem infotainmen Android Auto dan Apple CarPlat serta kamera pemantau 360-darjah.
“XV Edisi GT memiliki penampilan yang lebih sporty manakala corak rim aloi bersaiz 17 inci pula kelihatan seolah-olah seperti bunga,” kata Pengacara video Caricarz, Shaun Stephen.
Melihat kepada saiz, XV Edisi GT mempunyai ukuran panjang 4,465mm, lebar 1,800 mm dan tinggi 1,615 mm manakala jarak kelegaan tanah pula ialah 220mm. Ia hadir dengan kapasiti tangkI 63 liter dan ruang butnya yang sebesar 345 liter mampu membawa sejumlah bagasi bersaiz sederhana untuk percutian hujung minggu buat sebuah keluarga kecil.
Subaru XV Edisi GT ini dijana dengan enjin boxer aspirasi natural (NA) 2.0L Suntikan Terus Boxer dan dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT 7-kelajuan.
Oleh itu ia mampu menghasilkan 154 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm.
Malah, Subaru mendakwa bahawa XV mampu mencapai kelajuan dari 0-100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 10.4 saat manakala, kelajuan maksimum pula sekitar 194 km/j.
Berdasarkan beberapa ujian, enjin jentera ini mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi setiap 100km.
Bagaimanapun, penulis pula kurang bersetuju dengan kenyataan Shaun.
Bagi saya, kadar pecutannya amat selesa, ia mampu memecut 100km/j dengan begitu mudah. Apa yang lebih menarik, anda tidak akan berasa tersentak ketika gear ditukar.
Jentera ini memiliki kelajuan yang cukup memadai kerana ia dilihat mampu mengatasi kelajuan trak dan treler di lebuh raya. Ia dilihat mampu memecut melebihi had jika pemandunya terlepas pandang meter lajunya.
Ketika menyelusuri jalan yang berangin, XV dilihat memberi kesan cengkaman yang lebih padu semasa melalui jalan berselekoh dan penukaran gear secara berterusan juga tidak langsung dirasai.
Malah, pasukan Caricarz juga tidak berasa bahawa mereka berada di tempat duduk belakang SUV itu sebaliknya kami berasa seolah-oleh memandu kereta coupe atau sedan, terima kasih kepada Platform Global Subaru.
Platform Global Subaru baharu kini menawarkan kedudukan yang lebih rendah manakala, steering rack pula dikatakan telah dikemaskini dan casisnya juga cukup kuat.
Ia meningkatkan pemanduan dan menstabilkan roda depan ke arah perjalanan garis lurus. Platform itu juga menyerap hentakan jika berlakunya kemalangan.
Antara aksesori lain yang terdapat pada Subaru XV Edisi Gt termasuk lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C, roda stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit pelapik pedal aluminium, rel bumbung dan rim aloi bersaiz 17 inci.
Terdapat juga fungsi mod-X, kawalan pelayaran, pedal syif, paparan skrin sentuh lapan-inci, kombinasi lampu belakang jenis LED, lampu kabus hadapan, kerusi pemandu boleh dilaraskan dan brek parkir elektronik.
“Rasanya amat menyeronokkon sebaik anda melangkah masuk ke dalam kereta ini,” akui Shaun.
Apa yang boleh dikatakan ialah ruang Subaru XV Edisi GT ini sememangnya luas. Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki ketinggian lebih 190 sentimeter berkemungkinan berpendapat ruang antara kepala agak rendah.
Sebilangan besar enjin dan bising angin telah disenyapkan tetapi bunyi tayar masih kedengaran dengan jelas.
Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, jentera ini dilengkapi dengan tujuh beg udara, sistem brek anti-kunci, Agihan Brek Elektronik, bantuan brek, kawalan dinamik kenderaan, bantuan mula-daki, kamera-360 dan kerusi keselamatan kanak-kanak, ISOFIX.
Secara keseluruhannya, pasukan di Caricarz berpeluang menikmati momen yang menyeronokkan dengan Subaru XV Edisi GT. Bagaimanapun, biarpun terdapat kelebihan dan kekurangan pada kereta SUV ini, namun hakikatnya terdapat beberapa penambaikan.
Namun, ia kelihatan lebih sempurna sekiranya XV ini dilengkapi dengan ventilasi penghawa dingin di bahagian belakang dan teknologi bantuan pemandu, Eyesight.
Gallery
























































































Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari