Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermula Tahun 2023, Semua Kereta Serba Baharu Volvo Dilengkapi OTA

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik untuk peminat kereta Volvo.

Bermula tahun hadapan, semua kereta Volvo serba baharu termasuk XC90, S60 dan V60 akan dilengkapi dengan perisian terbaharu yang telah dikemaskini, over-the-air (OTA) 

Langkah itu diambil selepas Volvo memperkenalkan teknologi OTA pada kenderaan elektrik.

"Dengan menjadikan semua model Volvo menerima OTA, kami mahu menjadikan kereta pelanggan kami dengan lebih baik setiap hari," kata Ketua Pegawai Produk di Volvo Cars, Henrik Green.

Selain menerima Android Automotive OS dan sistem Android 11, OTA turut menyediakan akses kepada aplikasi terbaharu di Google Play termasuk sistem navigasi pengecasan dan parkir.

Menyentuh mengenai sistem infotainmen Volvo Cars yang dibangunkan bersama Google, syarikat itu mendedahkan Google Apps dan perkhidmatan baharunya seperti Google Assistant dan Peta Google akan didapati pada semua model baharu.

Tidak ketinggalan, perkhidmatan penstriman video juga bakal ditambah selewat-lewatnya pada tahun ini.


Namun, sila ambil perhatian!

Sistem OTA dan perkhidmatan Google sebenarnya tidak boleh digunakan pada varian Volvo XC40.

Untuk makluman anda, sistem OTA adalah sistem operasi yang kelapan.

Ia telah dilancarkan di beberapa pasaran baharu seperti India, Taiwan dan New Zealand selepas ia berkembang pesat di Korea Selatan, Australia, Thailand dan Singapura pada awal tahun ini.

Lebih menarik, , OTA turut menawarkan penambahbaikan ciri terutama dari pengurusan kuasa bateri menerusi pemasa iklim selain meningkatkan tahap kecekapan bateri terutama ketika musim panas dan sejuk.




 


Gallery

Tag:

Volvo Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

06-03-2025
EV

04-03-2025
Global

09-01-2024
EV

14-11-2023
EV

22-04-2023
Berita Auto

14-10-2022
Berita Auto

04-10-2022
Berita Auto

21-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026