Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Kata Pakar Ekonomi? Ini Jawapan Mereka!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sedar atau tidak, tinggal dua bulan lagi untuk rakyat Malaysia menikmati insentif Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST  ke atas pembelian keluaran kenderaan tempatan atau import sedan.

Seperti sedia maklum, harga kereta dengan SST akan tamat  setibanya bulan Jun nanti.


Namun apa yang masih menjadi teka-teki ialah adakah pengecualian SST kereta akan dilanjutkan atau dibatalkan?

Setakat ini, kerajaan masih kunci mulut, enggan mengumumkan  sebarang status SST kereta biarpun berbaki dua bulan lagi.

Untuk itu, Caricarz mendapatkan pandangan pakar ekonomi apakah kesan terhadap ekonomi jika SST kereta diteruskan?

Ini Jawapannya!

Pakar ekonomi menyifatkan bahawa jika pengecualian cukai jualan kereta (SST) masih diteruskan, pendapatan negara akan terus terjejas.

Ia berikutan ekonomi negara masih belum pulih dengan sepenuhnya.

Ikuti temubual Caricarz bersama Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak, Shairil Izwan Taasim. 



Apakah pendapat Dr. mengenai pertumbuhan ekonomi negara ketika ini?

Ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya meskipun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik dengan berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun ini.

Wajarkah SST kereta dilanjutkan lagi?

Jika SST kereta dilanjutkan,  ia sebenarnya memberi kesan positif terutama kepada pemain industri automotif. 

Bermula daripada rangkaian pembuatan, pembiayaan insurans sehinggalah kepada pembekal-pembekal komponen alat ganti, semua pihak yang terlibat ini meraih keuntungan masing-masing.

Ini akan mendorong ke arah pemulihan sektor swasta yang lebih kukuh serta disokong oleh penambahbaikan pasaran buruh atau tenaga kerja akan menjadi pemacu pertumbuhan utama pada 2022.

Malah, kadar pengangguran dijangka turun kepada 4.0 peratus. 


Apabila aktiviti ekonomi meningkat, kadar pengangguran dijangka terus berkurangan pada 2022 kepada kira-kira 4.0 peratus daripada tenaga buruh.

Selain itu, dengan adanya SST, jualan kereta akan terus melonjak dan ia akan terus memberi keuntungan besar kepada pengusaha kereta. 

Ada kewajaran untuk meneruskan SST kerana ia sebenarnya membantu banyak pihak.

Apakah pula keburukannya jika SST diteruskan buat kali ketiga?

Tidak dinafikan, ada kontranya. 

Jika SST diteruskan kali ini, ia akan menjejaskan pedapatan negara. Semua sedia maklum, ekonomi negara masih belum pulih dengan sepenuhnya.

Melihat situasi kini, adakah orang ramai wajar membeli kenderaan sebelum SST tamat pada 30 Jun ini?

Bergantung kepada keadaan. Jika kenderaan yang dimiliki itu memerlukan penyelenggaraan yang berkala, maka sudah tiba waktunya untuk tukar kepada kenderaan yang baharu.


Semuanya bergantung keperluan individu itu sendiri.  

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak, Shairil Izwan Taasim juga senada dengan Dr. Mohd Afzanizam.

Beliau berpendapat bahawa:

Sumber pendapatan kerajaan akan terjejas sekiranya SST terus dilanjutkan!

Hasil unjuran SST bagi 2022, ia cuma mencatatkan 11.8 peratus iaitu agak rendah berbanding 12 peratus pada tahun 2020.

Walaupun pengecualian SST dapat meningkatkan hasil jualan dengan memberi nilai tambah kepada ekonomi namun peningkatan kadar inflasi barangan keperluan kini wajar ditangani oleh pihak kerajaan terlebih dahulu.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian subsidi dan pengecualian cukai bersasar.

Adakah SST perlu dilanjutkan atau sudah masanya dibatalkan?

Pemulihan ekonomi telah berlaku dalam industri automotif dengan pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan. 


Data perangkaan turut menunjukkan peningkatan jualan kenderaan bermotor meningkat 19.4 peratus bagi Januari 2022. 


Oleh itu, adalah wajar pengecualian SST dibatalkan dan kerajaan perlu memfokus menambah pendapatan dengan memperbaiki perkhidmatan awam dan infrastruktur pengangkutan awam daripada hasil SST. 

Ketika ini, pengeluar kereta sedang berusaha untuk menyelesaikan kesemua tempahan yang tertunggak, jadi adakah sesuai rakyat Malaysia membeli kereta sementara SST masih ada?

Proses peralihan ke endemik, pengguna perlu memfokus kepada sara hidup iaitu keperluan harian seperti makan minum. 

Pemilikan kenderaan adalah alternatif atau pilihan pengguna sekiranya perkhidmatan awam di tempat pengguna adalah baik. 

Kini pengguna harus meningkatkan aliran tunai yang baik dalam fasa pemulihan ekonomi individu berbanding menambah bebanan hutang dengan pembelian kenderaan. 

Sehingga kini, kerajaan masih tidak bersuara, adakah tempoh lanjutan pengecualian cukai tersebut akan diteruskan seperti mana yang diharapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan, ia masih menjadi tanya?

Apapun, perkiraan SST dilihat agak rumit. Anda boleh rujuk disini.

Apakah pula pendapat anda, adakah SST perlu dilanjutkan atau dibatalkan?

Kongsikan pendapat anda dibawah ruangan ini!


Tag:

sst
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Putuskan Tiada Lanjutan SST

Kerajaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini.

20-06-2022
Berita Auto

SST Mungkin Dilanjutkan Lagi? Apapun Tunggu Pengumuman MOF

Kerajaan mungkin melanjutkan pengecualian cukai jualan (SST) untuk kenderaan baharu bagi membantu industri automotif.

13-06-2022
Berita Auto

Lanjut SST Atau Tidak, Tunggu Keputusan MOF

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong menyifatkan keputusan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).

07-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026