Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Khas Untuk B40: Nak Subisidi 100% Kerusi Keselamatan Anak? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia telah berkolaborasi dengan Safe 'n Sound dalam pelancaran Program Subsidi NEXTStep. Kerjasama ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak sepenuhnya untuk keluarga B40.



Program yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360° ini bakal menggunakan dana yang terkumpul daripada sumbangan yang dibuat BMW Group Financial Services Malaysia untuk menyediakan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak dengan berat sehingga 36 kg.

 

BMW Group Malaysia dan Safe 'n Sound akan menampung keseluruhan kos yang terlibat termasuklah kos penghantaran bagi penerima yang tinggal di luar Lembah Klang.  Safe 'n Sound akan memaklumkan ibu bapa yang layak melalui WhatsApp; golongan terpilih yang tinggal di luar Lembah Klang akan menerima status penghantaran, manakala ibu bapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang pula akan dimaklumkan dengan info pengambilan iaitu tarikh, masa dan lokasi.

 

Jenis kerusi keselamatan yang sesuai akan dipilih untuk penerima berdasarkan maklumat berkenaan berat dan ketinggian kanak-kanak yang bakal menggunakannya. Turut dipertimbangkan ialah keperluan kenderaan itu sendiri.  Jenis-jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

snskidz Ace – Berat sehingga 13 kg, bernilai RM199

snskidz Whizz ISOFIX – Berat sehingga 18 kg, bernilai RM499

snskidz Sport – Berat sehingga 18 kg, bernilai RM279

snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX) antara 13 kg sehingga 36 kg, bernilai RM399

mifold booster  – Antara 15 kg sehingga 36 kg, bernilai RM199



"Selama lebih lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi penumpuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan dalam kalangan keluarga supaya mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab demi keselamatan jalan raya dan kereta,"  ujar Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.


Rajah di bawah menunjukkan proses penyertaan:


Borang permohonan (klik sini)


Program ini dibuka kepada semua keluarga di Malaysia yang menjangkakan kelahiran atau sudah memiliki anak dengan berat sehingga 36 kg di samping mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,500.  Pendaftaran program subsidi ini kini dibuka di laman web Safe 'n Sound (klik sini) dan akan berakhir pada 2 Mei, 2022.




Gallery

Tag:

BMW Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Tiada Kenaikan Kadar Tol Tahun Ini Tapi Rakyat Sebenarnya Tetap Rugi? – Ini Kata Pakar

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya yang selama ini tersimpan rapi sebagai rahsia rasmi.

06-01-2026
Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026