Link Copiedcheck_circle
EV

[FOTO] EV Compact Cruiser Toyota, Reka Bentuk Kereta Konsep Paling Menarik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sesiapa sahaja yang terpandang reka bentuk Compact Cruiser EV Toyota ini pasti akan tertarik. Rekaan yang memenangi 2022 Car Design Award for Concept Vehicles ini kini tular dengan lebih banyak imej dari setiap sudut. 


Kereta konsep yang dihasilkan oleh sekumpulan pasukan pereka dari pusat pembangunan Toyota Europe Design (ED2) di Nice, Perancis ini merupakan salah satu daripada 15 buah kereta konsep yang dipertontonkan kepada orang ramai semasa sebuah acara yang diadakan di Tokyo. 




Pereka kereta konsep ini mendapat ilham rekaan daripada model-model lain iaitu Land Cruiser dan juga FJ Cruiser. Konsep rekaannya juga kelihatan seolah-olah satu evolusi daripada Toyota F4-X 2017. Ciri seperti plat skid yang besar, rak bumbung bespoke, fender petak dan juga tangga pada sisi kereta menjadikannya kelihatan lasak.


Baca: Syarikat Ini Tawar Khidmat Tukarkan Kereta Klasik 50-an Kepada EV




Kereta konsep ini dikatakan sesuai untuk kegunaan golongan “muda, penduduk bandar profesional yang sukakan aktiviti riadah di luar.”



Dari segi teknikal, Toyota masih tidak memberikan sebarang pendedahan, namun media melaporkan terdapat kemungkinan ia akan dikeluarkan sebagai sebuah model EV yang dibina berdasarkan platform eTNGA yang lebih besar daripada bZ4x. 






Pengurus Besar Kanan Reka Bentuk Toyota, Simon Humphries berkata, “Kami telah menjalankan kajian kenderaan elektrik lebih daripada 30 tahun, dan telah bergerak jauh. Selepas fasa awal kenderaan elektrik diperkenalkan, orang ramai akan menginginkan sebuah kereta bebas emisi yang dapat menjadi ekspresi gaya hidup mereka. Dan Compact Cruiser EV ialah contoh yang sempurna untuk trend (yang dijangkakan) ini.”


Baca: Dr Wee: Sektor EV Malaysia Masih Banyak Perlu Dipertingkat, Ini 2 Perkara Perlu Dilakukan...

Tag:

Toyota
ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026