- Berita
- Berita Auto
- Hari Bebas Kereta Anjuran Majlis Perbandaran Klang Ahad Ini

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berbincang dengan jurutera Jabatan Kejuruteraan Fariz Salim berkenaan perincian hari bebas kereta. (Foto: The Star)
Setelah berhari-hari penduduk kota menghirup udara yang tercemar kerana banjiran kereta yang meluncur di jalan raya, apa salahnya kalau kita gunakan sehari daripada 7 hari dalam seminggu untuk memberikan ‘ruang’ kepada alam untuk menikmati kelegaan, bebas daripada emisi karbon kenderaan.
Untuk tujuan ini, Klang telah menetapkan hari Ahad ini sebagai hari bebas kereta yang diadakan buat pertama kali di sini. Hari bebas kereta itu dirancang untuk diadakan pada setiap hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan.

Bayangkanlah udara bersih tanpa pencemaran udara (Gambar Hiasan)
Laluan yang digunakan bagi acara istimewa ini adalah di sepanjang 2.4 km dari Jalan Stesen ke Jalan Istana bermula jam 7 pagi hingga 9.30 pagi.
Ketika acara diadakan, pelbagai aktiviti rekreasi, seni dan kebudayaan akan dianjurkan untuk memeriahkan suasana.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata, orang ramai boleh bersantai bersama keluarga di jalan raya sambil berseronok.

Foto: Stockholms Skateboard Collective
“Matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada orang yang berjalan kaki, berjogging, pengguna papan selaju, kasut roda dan penunggang basikal untuk menggunakan kedua-dua jalan itu dengan bebas.
Baca: Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk
“Kami akan mengadakan pelbagai aktiviti di mana pemain muzik jalanan boleh membuat persembahan, manakala peniaga pula dapat menjual barang,” katanya.

Acara yang diadakan ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, memacu ekonomi tempatan dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Acara itu sejajar dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon sebagai sebahagian daripada pemacu global untuk melindungi alam sekitar dan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”
Bagi memeriahkan lagi suasana, pihak MPK turut akan menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Baca: 'Caj Kesesakan' Solusi Terbaik Isu Trafik Sesak Di KL?
“MPK akan menganjurkan sesi Zumba, pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan Walk for Life, iaitu aktiviti berjalan kaki sejauh 2 km mengelilingi kawasan warisan bandar ini,” ujar Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz.
Pintu masuk ke Jalan Stesen dan Jalan Istana yang akan ditutup untuk acara tersebut ialah Jalan Tengku Diauddin dari Jambatan Musaeddin, Jalan Istana dari arah Kampung Jawa, Bulatan Simpang Lima ke Jalan Istana, Lorong Tingkat 1 dan Lorong Tingkat 2, Lorong Pegawai dan laluan menuju ke Jalan Tengku Diauddin.
“Kami akan melaksanakan laluan kontra untuk lalu lintas di Lintang Dato Hamzah, iaitu jalan sehala,” kata Norfiza.
Tiada sebarang perancangan hujung minggu ini? Bolehlah rancang untuk ke sini!
Baca: Tiada Lagi Kereta Guna Bahan Api 2035 Nanti, Eropah Lulus Pengharaman Kereta Petrol, Diesel
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv