Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[KAJIAN] T20 Golongan Tertinggi Guna Plat Haram & Cermin Gelap

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Berdasarkan sebuah kajian bebas yang dijalankan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) di sekitar Lembah Klang pada Mei baru-baru ini, mendapati sebanyak 1,256 buah kenderaan telah melanggar peraturan yang ditetapkan untuk nombor plat dan juga tahap kegelapan cermin. 


Bagaimana Taraf Pendapatan Pengguna Kenderaan Dikesan?




"Pengiraan ini kami lakukan dengan cara mengandaikan bahawa setiap kereta yang disurvei adalah dibeli menerusi pinjaman bank dengan tempoh lima tahun bayaran balik tanpa bayaran muka.


"Kami juga mengandaikan bahawa pemilik kenderaan ialah individu celik kewangan yang tidak akan membelanjakan lebih 24 peratus daripada jumlah gaji bulanannya untuk membayar ansuran kereta (walaupun begitu, kadar ini masih tinggi jika dibandingkan dengan standard negara lain).




"Maka, dengan cara mengenal pasti harga kereta yang kami selidik, kami telah dapat membuat anggaran sama ada pemilik mempunyai pendapatan dalam golongan B40, M40 atau T20," katanya.


Penggunaan Plat Haram




Kajian ini membongkarkan bahawa sebanyak 58.5% pemilik kereta yang menggunakan plat haram ialah golongan T20, diikuti oleh 25.6% M40 dan 15.9% dalam kategori B40. 


Sebanyak 56% daripada kenderaan yang menggunakan nombor plat haram ialah kenderaan yang berharga lebih RM160,000. 33.4% daripadanya pula berharga antara RM80,000 hingga RM120,000 dan 8% lagi berharga RM50,000 atau kurang.


Model Kereta Yang Menggunakan Plat Haram




Sebanyak 33.4% kereta yang menggunakan plat haram ialah kereta Continental seperti Audi, Mercedes-Benz, BMW dan lain-lain. 


“Manakala 51% ialah kereta yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Asia seperti Honda, Toyota, Hyundai dan sebagainya dan hanya 15.6% dihasilkan oleh pengeluar kereta tempatan (kebanyakannya ialah Proton X70),” menurut kajian itu.


Penggunaan Cermin Gelap


Sebanyak 52.8% kenderaan yang melakukan kesalahan cermin gelap ialah kereta yang bernilai lebih RM160,000.


Golongan T20 ‘Menggungguli Carta’


Tinjauan yang dibuat jelas menunjukkan kedua-dua kategori didominasi oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kereta bernilai lebih RM160,000. 




“Kita perlu mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan orang kaya dengan lebih keistimewaan hingga membolehkan mereka berfikir bahawa mereka boleh dikecualikan daripada undang-undang yang jelas ini.” – Cent-GPS

Tag:

JPJ
kesalahan
Nombor Plat
Cermin Gelap
Berita Terkini
mutakhir
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026