- Berita
- Berita Auto
- 11 Kenderaan Dirempuh Lori Di Tambak Johor, Ini Puncanya...

Tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan di sebuah laluan di Tambak Johor menuju ke Singapura.
Tragedi yang berlaku pada jam 9.25 pagi ini berpunca daripada sebuah lori yang secara tiba-tiba merempuh kenderaan lain yang menggunakan laluan sama.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku kerana masalah teknikal lori yang membawa muatan habuk kayu tersebut.
“Lori dipandu individu itu telah hilang kawalan lalu melanggar 11 kenderaan di hadapannya.

“Hasil siasatan awal mendapati lori yang dipandu telah hilang kawalan kerana mengalami kerosakan teknikal di bahagian brek, lalu melanggar kenderaan lain di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Enam buah kenderan yang terbabit ialah kenderaan tempatan dan enam lagi ialah kenderaan asing dengan nombor pendaftaran Singapura.
Selain lori tersebut, sembilan buah kenderaan yang terlibat ialah kereta, sebuah van dan sebuah bas.

Kesesakan disebabkan kemalangan ini
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Ujian air kencing juga telah dijalankan terhadap pemandu lori tersebut dengan hasil negatif.
Pemandu lori tersebut yang berusia 34 tahun telah ditahan oleh pihak polis pada jam 1.15 tengah hari tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kemalangan ini disiasat mengikut Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan (ICOP) 2010.
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan siasatan berkenaan, manakala pihak polis membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, setelah JPJ melengkapkan audit ICOP.
“Ini termasuk menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Pihak MIROS pula akan menyiasat daripada aspek teknikal untuk mencari punca kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Baca: Pasukan UTeM Cipta Vediward Untuk Kurangkan Kemalangan Jalan Raya
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

