Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

'"Perlu Ada Keazaman Politik Untuk Tangani Isu Kematian Di Jalan Raya - Dr. Wee

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, gara-gara keazaman politik, Malaysia berjaya mengurangkan kes kemalangan jalan raya berkaitan pengambilan alkohol dan dadah.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Perlu ada keazaman politik untuk menangani isu (kematian di jalan raya) dengan sangat serius,” katanya yang merupakan speaker pertama dalam panel pelbagai pihak berkepentingan Mesyuarat Peringkat Tinggi (HLM) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan jalan raya semalam.

Kes kemalangan dikatakan berjaya dikurangkan selepas beliau menggunakan langkah menyeluruh “3E” – penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan – untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, bermula dengan “penguatkuasaan” sejurus beliau menjadi menteri pengangkutan pada Mac 2020.

Menurutnya sekitar tiga tahun lalu, banyak kes dilaporkan mengenai kemalangan membabitkan pemanduan dalam keadaan mabuk terutama membabitkan kematian. 

Kes kemalangan maut dilihat semakin meningkat sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19.

“Jadi, dalam 100 hari pertama saya (sebagai menteri pengangkutan), saya mencadangkan kepada Jemaah Menteri, dan ini akhirnya diluluskan Parlimen, untuk meminda undang-undang mewajibkan sesiapa yang memandu di bawah pengaruh (DUI) alkohol dan dadah dihukum penjara mandatori.”

Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan sama hanya denda USD100 atau USD200.

Ada info menarik:

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): 

Malaysia antara negara yang mempunyai kadar kematian jalan raya terendah di dunia akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Laporan keselamatan jalan raya global dari Disember 2018 menunjukkan kurang 1% kematian berkaitan trafik di Malaysia dikaitkan dengan alkohol, jauh di bawah kadar dalam kalangan negara lain di rantau ini.

Data polis turut menunjukkan sejak 2014, Pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu (DUI) menyumbang kepada peratusan kematian terendah daripada keseluruhan jumlah kematian jalan raya dengan:

2.89% - Tahun 2014

3.41% - (2015)

3.31% - (2016)

0.86% - (2017) 

0.85% - (2018)

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026