Link Copiedcheck_circle
EV

Volkswagen, Audi Kitar Semula Bateri EV Dengan Syarikat Redwood, CEO Ialah Pengasas Bersama Tesla

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kredit Foto: Redwood Materials


Volkswagen Amerika dan Audi mengumumkan penglibatan syarikat dalam program kitar semula bateri kenderaan elektrik (EV) yang diterajui oleh sebuah syarikat baharu, Redwood Materials. 




Kedua-dua jenama di bawah VW Group ini memilih untuk bekerjasama dengan syarikat yang telah diasaskan oleh salah seorang pengasas syarikat Tesla, JB Straubel, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan EV lebih mampan. 


Kilang Redwood Materials


Syarikat yang berpangkalan di Carson City, Nevada, Amerika Syarikat ini akan bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 pengedar kereta VW dan Audi di seluruh Amerika Syarikat untuk mengumpulkan dan membawa masuk bateri-bateri EV ke kilang Redwood untuk dikitar semula. 


Kredit Foto: Redwood Materials


Kredit Foto: Redwood Materials


Redwood menganggarkan syarikatnya dapat mengumpulkan lebih daripada 95 peratus logam bernilai tinggi dalam pek litium ion yang termasuk nikel, kobalt, litium dan tembaga. Redwood akan menyalurkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan anod dan katod bateri baharu ini kepada pengeluar bateri di AS. 


Kredit Foto: Redwood Materials


Peningkatan permintaan terhadap bateri litium ion untuk memberi kuasa kepada EV memberi tekanan kepada rangkaian bekalan kesemua bahan-bahan penting ini sehingga menyebabkan kenaikan harga. Harga bagi satu tan litium misalnya, mencecah USD75,000 (RM332,027.94), manakala satu tan nikel pula sehingga USD22,000 (RM​​97,394.86)


Kredit Foto: Redwood Materials


Ketua Pegawai Operasinya, Straubel berkata, “Dengan peningkatan jumlah bateri yang mencapai penghujung hayat setiap tahun, sumber (bahan bateri EV) sentiasa meningkat dan tersedia.”


Sejak dua tahun lalu, Redwood Materials telah menjalin kerjasama dengan beberapa pembekal bateri dan juga pengeluar kereta seperti Ford, Toyota, Amazon dan banyak lagi. Melalui kerjasama ini, Redwood telah menyediakan bahan yang mencukupi untuk menghasilkan bateri litium ion 6GWh, untuk memberi kuasa kepada lebih daripada 60,000 buah EV!


Kredit Foto: Redwood Materials


Redwood juga telah merancang untuk memperluas dan menambah sebuah lagi kilang supaya dapat memberikan perkhidmatan lebih berkualiti kepada Toyota dan juga rakan kongsi lain. 


Kerjasama yang dijalinkan syarikat dengan Volkswagen Amerika dan Audi meluaskan lagi bahagian pasaran syarikat ini di Amerika Utara. 


Tag:

Tesla
#Volkswagen
ev
Audi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026