Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banyak Jalan Di KL Akan Ditutup Bermula 26 Ogos ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perhatian kepada warga kota!

Bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2022, sebanyak 18 jalan akan ditutup di sekitar ibu kota sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65 pada Rabu ini.

Jadi, jika anda ingin berulang-alik ke tempat kerja, lebih baik anda mula mencari jalan-jalan alternatif yang lain sepanjang tempoh berkenaan.

Seperti biasa, jalan-jalan akan ditutup bagi  bagi memberi laluan kepada perarakan. 

“Jalan yang akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos adalah Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke Dataran Merdeka serta Jalan Raja.


“Pada 27 hingga 29 Ogos pula, raptai penuh perarakan akan dijalankan melibatkan penutupan jalan di Jalan Raja, Jalan Travers, Jalan Damansara, Bulatan Hishammuddin dan Jalan Kinabalu,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dalam satu kenyataan. 

Antara jalan ditutup:

Jalan Kuching

Bulatan Dato Onn

Jalan Tun H.S. Lee

Jalan Hang Lekiu

Jalan Hang Kasturi

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Raja Laut

Jalan Munshi Abdullah

Jalan Dang Wangi 

Jalan Bunus 6 

Jalan Raja

Jalan Travers

Jalan Damansara

Bulatan Hishammuddin

Jalan Kinabalu

Jalan Sultan Hishammuddin 

Untuk itu, warga kota disarankan menggunakan pengangkutan awam sepanjang tempoh berkenaan kerana sudah pasti kesesakan luar biasa akan berlaku kerana banyak jalan ditutup.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026