- Berita
- Berita Auto
- [FOTO] Lelaki Maut Kereta Hilang Kawalan Dalam Perjalanan Pulang
[FOTO] Lelaki Maut Kereta Hilang Kawalan Dalam Perjalanan Pulang

Malang tidak berbau, sebuah kereta Toyota Corolla Altis terbabas sehingga menyebabkan nyawa seorang guru lelaki berusia 59 tahun melayang.
Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 55 Jalan Central Spine Road (CSR) Lipis ke Merapoh, jam 5.50 petang semalam, kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu Faudin dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar besi penghadang.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pemandu Toyota Corolla Altis tersebut, Faudin Ibrahim maut di tempat kejadian.

“Akibat kemalangan ini, mangsa yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal, Pasir Putih maut di tempat kejadian manakala isterinya tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pasangan tersebut dalam perjalanan dari Melaka pulang ke Pasir Puteh, Kelantan.

Anak-anak kehilangan seorang ayah, dan isteri kini kehilangan suami tercinta (Sumber: FB Faudin Ibrahim)
Menurut Azli, kes kemalangan itu disiasat di bawah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-fatihah kepada mangsa...

Sumber foto: FB Tengku Harith, Utusan Malaysia
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv