- Berita
- Global
- Fox News Kritik Putera Harry Guna Kereta Petrol, Tapi Rupanya…

Putera Britain, Putera Harry, telah dikritik oleh sebuah saluran berita Amerika, Fox News kerana dikatakan menggunakan “SUV yang menghabiskan minyak” di sebuah lapangan terbang.
Pergerakan Duke of Sussex itu diekori oleh paparazzi dan dikesan berada di dalam kereta "petrol" tersebut tanpa bergerak selama 30 minit di lapangan terbang Santa Barbara.
Namun berita tersebut merupakan satu kesilapan yang memalukan kerana Putera Harry sebenarnya menaiki SUV Audi e-tron, sebuah kenderaan elektrik penuh dan bukannya menggunakan petrol seperti yang dihebohkan.
Fox News menyedari kesilapan tersebut dan menghasilkan artikel lain selepas segmen berita tersebut disiarkan. Kali ini, artikel itu memberi tumpuan kepada kakitangan Putera Harry yang sesetengahnya tidak menggunakan kereta elektrik dan tindakannya menaiki jet peribadi.
Bagaimana sebuah berita terkemuka boleh membuat kesilapan yang memalukan?
Sumber: Electrek
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv