Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Electric Resolute Edition 2022 Kini Di Malaysia, Harga Dari RM198K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



MINI Malaysia telah memperkenalkan varian baharu, Cooper SE atau MINI Electric dalam edisi istimewa, Resolute Edition. Varian ini dijual pada harga RM197,934, atas jalan tanpa insurans, termasuk insentif EV. 


Diperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global pada bulan Februari lalu, negara kita akhirnya menerima kedatangan MINI Resolute Edition yang telah diberikan sentuhan unik ini. 


BAHAGIAN LUAR MINI RESOLUTE EDITION




Dari luar lagi sudah terserlah ciri eksklusif MINI Resolute Edition. Badannya dicat dengan warna hijau menyerlah,  Rebel Green, sebagai penghormatan kepada warna MINI Connaught Green yang digunakan pada Austin 1100.




Seperti biasa, bumbung dan perumah cermin sisi sebuah MINI, dicat dengan warna kontra, putih yang dinamakan Pepper White, menampakkan kereta lebih sporty. 




Pada beberapa bahagian tertentu seperti sekeliling lampu depan dan belakang, pemegang pintu, ketutup sisi (side scuttle) serta gril depan menggunakan aksen Resolute Bronze. 




Pada bahagian tayar, rim aloi yang digunakan ialah jenis dua tona Power Spoke bersaiz 17 inci. Sentuhan unik lain yang diberikan pada kereta ialah penggunaan warna Piano Black pada ekzos, logo MINI dan juga pada bahagian dalam bingkai gril. Warna ini digunakan untuk membangkitkan aura elegan kereta.


KABIN MINI RESOLUTE EDITION




Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, tempat duduknya dibalut dengan kombinasi eksklusif fabrik/upholsteri kulit berwarna Black Pearl/Light dalam corak petak-petak.




Sterengnya pula dibalut dengan kulit Nappa bersama logo Resolute pada jejari bawah.


PRESTASI MINI RESOLUTE EDITION


Tiada sebarang perubahan diberikan pada bahagian enjin versi ini. Sepertimana varian biasa, MINI Resolute Edition menggunakan motor elektrik depan yang dikuasakan oleh bateri litium-ion 32.6 kWh dengan output maksimum 181 hp (135 kW)/270 Nm. Ia dapat mencapai jarak perjalanan sejauh 232 km, berdasarkan kitaran WLTP. Kereta mampu melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi, 150 km/j.


Masa yang diambil untuk dicas ialah dalam 2 jam 30 minit menggunakan pengecas AC 11 kW, sambungan Type 2. Sementara itu, untuk pengecasan lebih pantas, bateri kereta boleh dicas dengan pengecas pantas DC, sambungan CCS2 sehingga 50 kW dalam masa hanya 36 minit, dari kapasiti 10-80%. 


HARGA MINI RESOLUTE EDITION


Seperti yang dikatakan di awal artikel,  MINI Resolute Edition dijual pada harga RM197,934, atas jalan tanpa insurans, termasuk insentif EV. Harganya RM12,000 lebih tinggi berbanding Cooper SE biasa yang dijual pada harga RM185,934.


Sama seperti versi standard, pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua tahun, tanpa had perbatuan. 

Tag:

Mini Cooper SE Resolute Edition
MINI Cooper SE EV
MINI Electric
Cooper SE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

21-11-2022
EV

03-04-2022
EV

21-08-2023
Global

18-07-2022
Berita Auto

09-07-2022
Pandu Uji

17-01-2024
EV

21-08-2023
EV

20-07-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025