Link Copiedcheck_circle
Global

Mungkinkah Ini Imej "SUV Baharu" Subaru Yang Akan Dilancarkan 15 Sep Nanti?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Beberapa hari lepas, Subaru baru sahaja mengumumkan kedatangan SUV baharu 15 September nanti dan berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan beberapa imej yang kelihatan seperti sebuah SUV. 


Foto di bawah menunjukkan SUV tersebut:


Sudut depan kereta


Sudut depan kereta


Lampu depan kereta


Logo Subaru


Lampu belakang



Sudut tepi kereta



Video teaser  SUV baharu ini dikongsikan  di YouTube dan juga laman web rasmi berbahasa Jepun syarikat. 


Dalam video yang dikongsi, Subaru tidak menyatakan dengan jelas bahawa model yang dipaparkan ialah sebuah XV, namun ciri luarannya kelihatan tidak ubah seperti satu evolusi bagi model ini. 


Melalui video tersebut, kita dapat melihat lampu depan kereta, gril, lampu belakang dan reka bentuk roda aloi kereta. 


Lapor CarExpert, Subaru XV terbaharu dijangka akan menggunakan enjin flat-four berpengecas turbo 1.5L yang bakal menggantikan enjin flat-four aspirasi natural 2.0L yang digunakan pada versi sekarang. 


Output kuasa dan tork XV terbaharu ini masih belum diketahui buat masa ini, namun versi enjin 2.0L (versi sedia ada) boleh mencapai 152hp/196Nm. 


Subaru turut menawarkan trenkuasa hibrid plug-in dengan enjin dua silinder 2.0L, dua motor elektrik dan pek bateri 8.8 kWh. Enjin ini memberikan output gabungan 148 hp dan jarak elektrik 27 km. 


Sudut dalam kereta masih dirahsiakan daripada umum. 


Tak sabar nak tahu lebih terperinci mengenai Subaru XV terbaharu? Nantikan perkongsian daripada CariCarz dari masa ke masa sebaik lebih banyak info didedahkan.


Baca: Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia


Baca: Kereta Konsep Terbaharu Subaru Dipamerkan, Bakal Catat Masa Terpantas Di Litar Nürburgring?



Tag:

Subaru
Subaru XV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-01-2026
Global

08-12-2025
Global

17-11-2025
Global

31-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025

Berita Terkini

Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026