- Berita
- Berita Auto
- Tak Nak Kereta Masuk Dalam Laut, Nyawa Sendiri Melayang!

Kereta mangsa.
Gara-gara hanya mahu selamatkan kereta kesayangan, seorang lelaki terkorban apabila dia sendiri terperosok di bawah kenderaannya.
Kejadian tragis itu berlaku di Teluk Senangin, Lumut, Perak semalam.
Mangsa, Muhammad Hafiz Ramli, 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas ketika cuba menahan kenderaan jenis Proton Gen2 daripada memasuki ke dalam air laut.
Bagaimanapun, tidak pasti kenapa kereta itu diletakkan di tepi laut. Semoga kejadian dijadikan iktibar, jangan sesekali selamatkan barangan sehingga tergadai nyawa sendiri.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/