Link Copiedcheck_circle
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pembentangan Bajet 2023 yang diumumkan baru-baru ini nyata tidak mengecualikan industri kenderaan elektrik (EV) bahkan bakal merancakkan lagi industri kenderaan elektrik.


Ia berikutan  kerajaan bersetuju untuk mengecualikan fi permit import (AP) kepada pengimport EV hingga 31 Disember 2023.


Malah, pengilang  peralatan pengecasan EV juga diberikan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan cukai berkanun bagi tahun taksiran  2023-2032, dan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus.


Sebaliknya, langkah ini dilihat penting dalam pembangunan ekosistem EV tempatan dimana ia akan menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan pembeli EV yang berpotensi.


Namun apa yang terjadi hari ini ialah anda mungkin teragak-agak untuk membeli EV selepas melangkah masuk bilik pameran kerana senarai menunggu EV yang ditempah agak panjang.


Ia berpunca daripada permintaan tinggi yang diperoleh untuk segmen EV. Anda boleh dikatakan bernasib baik jika menerima EV pada suku pertama tahun 2023.

Begitupun, ada juga kemungkinan besar nama anda diselitkan dalam senarai menunggu  dimana anda terpaksa menunggu sekurang-kurangnya hujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.


Tahukah anda, faktor-faktor seumpama ini menyebabkan pembeli EV yang berpotensi beralih arah ke kenderaan reconditioned atau pendek kereta terpakai dari luar negara.


Buat masa ini, pasaran EV reconditioned dilihat semakin rancak memandangkan terdapat banyak kenderaan import terpakai yang sudah sedia untuk dijual dan apa yang lebih menarik ia terdiri daripada pelbagai jenama dan model.


Salah satu  pemain industri kereta recond yang paling popular ketika ini ialah G-Mart Group dimana ia kini berusaha untuk memenuhi permintaan EV menerusi anak syarikat pengedar kereta import, Moscorp Sdn Bhd.

Syarikat ini menawarkan pelbagai EV seperti model Tesla (Ada Tesla baharu dan terpakai), Mercedes-Benz EQ, Porsche Taycan, Nissan Leaf, MG ZS EV dan Ford Mustang Mach-E.


Sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri kereta recond, ia juga mempunyai pengalaman luas dalam urusan pemilikan EV.


Untuk makluman G-Mart Group telah berjaya mendaftar dan menyerahkan lebih 50 unit EV kepada pemiliknya sejak April tahun ini.


Biarpun tidak begitu banyak pengedar kereta recond bersedia merancakkan penggunaan EV namun G-Mart Group menyahut cabaran untuk membantu  kerajaan mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.

Bagi ia menjadi kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menetapkan sasaran untuk mencapai neutraliti karbon pada pembentangan Bajet 2022 dimana pengeculian cukai jalan dan duti import diumumkan buat julung kalinya.


Malah, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang merupakan pemegang Permit Import (AP) sekali gus menyakinkan keyakinan G-Mart Group dalam melakukan urusan pengimportan EV.


Buat masa ini, G-Mart kini memegang inventori terbesar dan terdapat lebih 100 unit EV di bilik pamerannya.


Bagi yang sedang mengintai kereta Tesla tetapi tidak tahu dimana  untuk mendapatkannya atau terhalang gara-gara harga terlalu tinggi, maka kunjungi bilik pameran G-Mart Group kerana ia menyediakan pelbagai model Tesla seperti Model 3, Model Y, Model S dan Model X.

Harga Model 3 Tesla yang mengikut spesifiasi Jepun ini ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi serendah RM220,000 sahaja!


Apa yang lebih menarik ialah jika anda membeli EV dari G-Mart, anda akan menerima pengecas mudah alih tiga pin standard  secara PERCUMA termasuk penyambung dinding untuk memudahkan pengecasan di rumah.


Tawaran percuma ini adalah sebahagian daripada promosi akhir tahun syarikat itu.


Selain itu, pemilik EV yang dibeli dari G-Mart juga berpeluang menikmati pengecasan Arus Ulang Alik (AC) atau Arus Terus (DC) tanpa had di mana-mana daripada 13 cawangan syarikat itu.


Bagi yang berminat dengan kereta Tesla, untuk pengetahuan anda, kebanyakan Tesla yang diimport dari Jepun dilengkapi dengan penyesuai pengecasan kombo tambahan, serta sistem navigasi yang diprogram semula termasuk pemasangan kad Modul Identiti Pelanggan (SIM).

Bukan itu sahaja, semua bakal pembeli EV dari  G-Mart Group juga berhak menerima yuran pemprosesan secara percuma dan EV mereka dilindungi dengan waranti terhad selama lima tahun melalui Program Waranti APEG. Waranti ini meliputi bateri voltan tinggi kenderaan, unit pemacu, unit kawalan media dan keperluan lain.


Memandangkan Kumpulan Syarikat G-Mart sedang merintis EV recond, ia dikatakan akan  menubuhkan Pusat Servis Kenderaan Elektrik (EVSC) sendiri yang terletak di Sg Sekamat, Kajang, Selangor yang disediakan hanya untuk EV.


Fasiliti  ini akan menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan elektrik termasuk kerja-kerja penyelenggaran  dan turut menyediakan alat ganti yang diperlukan untuk EV yang dibeli dari syarikat berkenaan.


Untuk itu, EVSC akan menganjurkan bengkel-bengkel berkaitan EV termasuk ruang servis dengan zon voltan tinggi khusus dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan berkelayakan untuk memastikan EV pelanggan dijaga dengan baik.


Pusat servis ini juga bakal menyediakan kemudahan badan dan cat  selewat-lewatnya awal tahun hadapan.  


Menerusi rangkaian luas EV yang ditawarkan, ia menerima sokongan selepas jualan yang kukuh serta pelbagai barangan PERCUMA.


Dengan adanya pelbagai tawaran menarik, jadii, mengapa tidak anda memilih EV recond yang dijual dari G-Mart Group?

Jika anda berminat untuk membeli EV pertama pada harga yang berbaloi, kunjungi laman web di www.evcar.my atau g-mart.my.



Gallery

Tag:

Tesla
Porsche Taycan
Malaysian Association of Malay Vehicle Importers and Traders (PEKEMA)
Ford Mustang Mach-E
Nissan Leaf
Mercedes-Benz EQ
ev car
MITI
G-Mart
MG ZS EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025
Kereta Baru

Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April

Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.

18-02-2025
EV

Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini

Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025.

03-02-2025
EV

Tesla Bakal Sediakan Pengecas Pantas V4 Supercharger Di China – Tidak Eksklusif Untuk Tesla

Tesla mengumumkan rancangannya untuk melancarkan kabinet pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) V4 Supercharger di China bermula tahun 2025.

03-01-2025

Berita Terkini

EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025