Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suhana Veru

Kongsi melalui


Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

Kumpulan penyokong itu dilihat menggunakan skuter elektrik dan kereta buggy ketika berkempen semata-mata untuk meraih undi. 

Selain itu,  pihak polis turut mengesan dua perbuatan yang berbahaya dimana ada penyokong duduk di bahagian belakang kenderaan empat roda dalam keadaan bahaya.

Kejadian itu dirakam ketika sebuah parti politik mengadakan kempen di Parlimen Batu semalam.

Berdasarkan peruntukan undang-undang itu, penunggang skuter elektrik sepatutnya berada dalam satu barisan bukannya menunggang secara melulu di atas jalan raya.


Ada parti politik menggunakan buggy.

Tindakan itu sama sekali melanggar peraturan Peraturan 42 Kaedah Lalu lintas 1959 (LN166/19596) .

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

Terdahulu, tular klip video sekumpulan penyokong menggunakan skuter elektrik dan kenderaan buggy atas jalan ketika sebuah parti politik berkempen.

Untuk itu, pihak polis menasihati semua parti politik yang terlibat dalam kempen  PRU15 untuk sentiasa mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

“Polis tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang semasa berkempen,” katanya.

Kepada semua parti politik dan para penyokong, biarlah berkempen secara berhemah, jangan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain!


Tag:

#PDRM
pru15
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022
Berita Auto

PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.

05-11-2022
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022
Berita Auto

Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus

Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

01-11-2022
Berita Auto

Suka Buat Aksi Superman, Jaga-Jaga, Tindakan Tegas Menanti Anda!

Kepada anak muda, jangan sesekali melakukan aksi "Superman" di atas jalan raya kerana anda boleh dipenjara selama lima tahun dan dikenakan denda maksimum sehingga RM15,000.

31-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025