- Berita
- EV
- Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?
Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?
Minggu ini, pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Tenggara dimeriahkan dengan pelancaran Toyota bZ4X di Thailand dan Indonesia. Kedatangan model ini di kedua-dua negara jiran kita, menandakan Malaysia hanyalah ‘menunggu masa.’ Sementara menanti, jom kita lihat perincian bZ4X yang sama tetapi tidak serupa di kedua-dua negara ini.
CIRI TEKNIKAL TOYOTA BZ4X DI INDONESIA & THAILAND
Kedua-dua pasaran Indonesia dan Thailand menyaksikan bZ4X ditawarkan dalam satu varian. Namun model ini didatangkan dengan setup berbeza yang mana negara Thailand menerima model yang menggunakan dwi-motor bersama sistem pacuan semua roda (AWD) dan output 215 hp/337 Nm. Sementara itu Indonesia pula menggunakan motor tunggal dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dan output 203 hp/266 Nm.
Kedua-duanya menggunakan pek bateri sama iaitu bateri litium-ion 71.4 kWh yang memberikan jarak perjalanan cas penuh berbeza iaitu 500 km untuk model Indonesia dan 411 km untuk model spesifikasi Thailand.
Dari segi pengecaran, bZ4X menyokong kedua-dua input pengecasan AC sehingga 6.6 kW melalui port Type 2 dan DC sehingga 150 kW melalui port CCS2.
Selain setup trenkuasa yang berbeza, kedua-dua pasaran ini turut menawarkan sokongan dan insentif pasca jualan yang berbeza.
KELENGKAPAN LAIN TOYOTA BZ4X DI INDONESIA & THAILAND
Dari segi kelengkapan pula, kedua-dua pasaran didatangkan dengan pelbagai ciri sama seperti lampu depan LED, bumbung suria panoramik, tempat duduk dalam balutan kulit, infotainmen berskrin sentuh 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android serta pakej keselamatan Toyota Safety Sense 3.0 dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).
HARGA TOYOTA BZ4X DI INDONESIA & THAILAND
Di Thailand, pembelian bZ4X didatangkan dengan jaminan bateri selama 8 tahun/160,000 km dan juga pilihan jaminan lanjutan 5 tahun/ 150,000 km, serta diskaun pengecas dinding sebanyak 30,000 baht (RM3,857).
Bagi pembeli Indonesia pula, mereka turut ditawarkan dengan jaminan bateri selama 8 tahun /160,000 km, tetapi dalam masa yang sama menerima manfaat program penyelenggaraan percuma sehingga 3 tahun/60,000 km. Bukan itu sahaja, Toyota turut memberikan dua pengecas iaitu pengecas mudah alih dan pengecas dinding secara percuma kepada pembeli bZ4X Indonesia.
Perbezaan pakej pasca jualan ini turut menjelaskan perbezaan harga kedua-dua pasaran. Toyota bZ4X yang dijual di Indonesia adalah lebih mahal iaitu 1.19 bilion rupiah (RM355,036) berbanding Thailand pada harga 1.8 juta baht (RM 236,144) walaupun Indonesia menerima spesifikasi lebih rendah (motor tunggal, FWD).
PELANCARAN TOYOTA BZ4X DI MALAYSIA
Dengan perkembangan ini, kami yakin UMW Toyota Motor (UMWT) akan memperkenalkan bZ4X di Malaysia tidak lama lagi. Bila? Masih tidak didedahkan waktunya tetapi berkemungkinan besar pada tahun 2023 nanti.
Tak sabar menanti kedatangan model ini di Malaysia? Nantikan perkembangannya yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. Jangan lupa untuk like dan follow kami di Facebook supaya tidak ketinggalan!
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Toyota Rancang Keluar 30 EV Menjelang 2030 Dan Lexus Bakal Jadi Jenama EV Mulai 2035
Baca: Senarai 10 Kereta Paling Top Pada Pameran Shanghai!
Baca: Toyota Jepun Dedah Model Hibrid, Bakal Ditayangkan Pada 16 November Ini
Baca: Promosi Hujung Tahun Toyota, Bulanan Toyota Yaris Serendah RM498!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv