Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Garis Panduan Pengecas EV PLANMalaysia Akan Diumumkan Mac Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Seperti yang kita tahu, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 10,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang tahun 2025 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030. Untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam jangka masa kurang tiga tahun lagi, organisasi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu.

Salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting untuk melancarkan usaha ini ialah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia). Agensi ini bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar membabitkan tugas-tugas seperti penyelidikan, perangkaan undang-undang dan penyediaan garis panduan.


CariCarz.com berpeluang untuk menemubual wakil daripada PLANMalaysia yang telah membuat lawatan penyelidikan untuk melihat kemudahan pengecas EV ChargeSini di Seri Kembangan. Menjelaskan mengenai perkembangan terkini, pihaknya mendedahkan bahawa buat masa ini, PLANMalaysia masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan berkaitan infrastruktur EV. Namun, garis panduan terawal dijangka akan diterbitkan pada bulan Mac 2023 ini. 


Lawatan yang dibuat oleh agensi kerajaan ini untuk melihat sistem pengecasan dengan lebih dekat adalah penting untuk lebih memahami kemudahan sedia ada, selain dapat memantau sekiranya pemasangan dibuat mengikut standard yang sepatutnya. Pada masa yang sama, dapat meningkatkan kefahaman agensi tentang kemudahan pengecas EV. Melalui inisiatif ini, agensi dapat meneliti dan merangka garis panduan baharu dengan lebih baik yang dapat dimanfaatkan oleh infrastruktur sedia ada. 

Menurut PLANMalaysia, garis panduan yang bakal dikeluarkan nanti akan turut membabitkan penjelasan mengenai lesen dan permit yang perlu dimiliki untuk pemasangan pengecas EV.

Melalui garis panduan baharu ini,  PLANMalaysia merancang untuk mewujudkan satu pihak khusus misalnya pengendali titik pengecasan atau charge point operator (CPO) yang bertanggungjawab dalam hal penjualan, pemasangan dan penyelenggaraan pengecas EV. Dengan cara ini, hanya satu pihak tunggal yang perlu bertangunggjawab sekiranya timbul sebarang isu.


Data daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa, sebanyak 2,093 EV telah didaftarkan di negara kita setakat bulan Oktober tahun lalu. Kami yakin, jumlah ini akan berganda menjelang penghujung suku pertama tahun 2023 sebaik EV dengan kemampuan jarak gerak jauh atau long range dalam harga mesra rakyat daripada pengeluar seperti BYD mula memasuki pasaran negara. Tempahan EV untuk BYD dalam tempoh 10 hari pelancarannya sahaja sudah mencecah 1000 unit!

Semoga dengan wujudnya garis panduan PLANMalaysia ini nanti, semua isu berkaitan pengecas EV dapat diselesaikan dan matlamat negara untuk mencapai 10,000 pengecas EV bagi memudahkan ramai pengguna EV menjelang 2025 nanti dapat dijadikan realiti.

Artikel ini ditulis/diterjemah/diolah daripada artikel asal PLANMalaysia Nationwide EV Framework Guideline To Be Announced In Mar 2023


Tag:

Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
pengecas
Pengecas EV
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)
Charge Point Operator (CPO)
#planmalaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 2,453 unit kenderaan elektrik (EV) didaftarkan. Apa model terlaris?

01-07-2024
EV

Bahan Dalam Ubat Gigi Bantu EV Gerak Lebih Jauh, Bateri Tahan Lebih Lama?

Penemuan terbesar dalam teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) didedahkan.

03-07-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023
EV

BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh

BYD China telah mendedahkan imej rasmi kenderaan elektrik (EV) kompak keluaran syarikatnya, BYD Seagull.

03-04-2023
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023
EV

MITI Sentiasa Kaji Semula Dasar Automotif Nasional

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa mengkaji semula Dasar Automotif Nasional (NAP 2020).

17-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026