Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Sofea Najmi

5-1-2023

Kongsi melalui


Jenama kereta tempatan, Proton, bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi. Berdasarkan video korporat yang dikeluarkan baru-baru ini, enjin tersebut dilihat turut dilengkapi teknologi hibrid ringan. 


Ini merupakan ‘acahan’ enjin sama buat kali kedua syarikat selepas mempamerkan enjin ini buat pertama kalinya di ibu pejabat Proton tidak lama dahulu. 


Video yang dikongsikan mendedahkan kita kepada usaha Proton dalam melakukan pemasangan tempatan (CKD) enjin turbo 3 silinder 1.5L (dibangunkan Geely) di kilang Proton di Tanjung Malim. Setakat ini, sebanyak 10,000 unit telah dihasilkan. 


Pada minit ke 1:10 video ini memperincikan modulariti enjin yang mana ia boleh digabungkan dengan modul suntikan terus atau sistem MHEV 48V. Turut digabungkan dengan enjin ini ialah penjana pemula tali sawat (BSG) yang menjadikannya hampir menyamai trenkuasa MHEV 48V Mercedes-Benz yang menggunakan penjana pemula bersepadu (ISG). 



Sebelum video ini dikeluarkan, Proton pernah mempamerkan enjin sama di ibu pejabatnya


Apabila digabungkan dengan BSG, sistem ini membolehkan pemulihan tenaga berlaku semasa meluncur, selain membekalkan rangsangan tambahan semasa pecutan, walaupun dalam jangka masa yang singkat. Tidak seperti hibrid selari siri penuh, sistem hibrid ringan ini tidak menggunakan sistem pemulihan tenaga brek.




Buat masa ini, Geely menawarkan trenkuasa hibrid ringan misalnya pada SUV 7 tempat duduk Geely Okavango yang kini dijual di Filipina. Model ini menggunakan enjin MHEV turbo 3 silinder 1.5L yang digabungkan dengan transmisi DCT 7 kelajuan yang memberikan kenderaan output 187 hp/300 Nm. 


Walaupun sistem hibrid ringan ini turut memiliki subsistem elektrik sama yang terdapat pada hibrid penuh, tetapi motor elektrik dan juga bateri bervoltan tinggi pada hibrid ringan sebenarnya lebih kecil berbanding dalam hibrid penuh, dan fungsinya pula hanyalah untuk memberi ‘bantuan’ kepada enjin. 



Enjin Mercedes-Benz M 254 dan OM 654 dengan ISG dan bateri 48V serta motor elektrik (dalam warna biru)


Kebiasaannya, dalam MHEV, motor sistem ini tidak memiliki kuasa yang cukup untuk menggerakkan kenderaan yang berada dalam keadaan pegun, ini berbeza dengan sistem hibrid penuh (HEV) seperti Honda City Hatchback e:HEV RS. Namun apa yang menjadikan MHEV lebih menarik berbanding HEV ialah prestasi kenderaan yang lebih rendah yang sekaligus membuatkan kadar penggunaan bahan apinya juga lebih rendah. 



Setakat ini, Proton telah mengeluarkan 10,000 unit enjin TGDi turbo 3 silinder 1.5L


Bagi Proton, pengeluaran trenkuasa MHEV sebenarnya turut memberi banyak manfaat kepada syarikat. Sistem ini secara keseluruhannya lebih ringkas berbanding HEV dan ini bermakna penghasilannya tidak begitu rumit atau kompleks. Selain itu, MHEV juga lebih murah untuk dihasilkan kerana menggunakan kapasiti bateri yang lebih rendah. 


Bilakah kita dapat melihat kereta Proton menggunakan enjin ini? 


Berkemungkinan besar, salah satu daripada beberapa model baharu yang akan dilancarkan Proton tahun ini bakal menggunakan enjin ini. 

Tag:

#proton
teaser
MHEV
acah
hibrid ringan
Proton hibrid ringan
Proton hibrid
trenkuasa hibrid Proton
trenkuasa hibrid ringan Proton
enjin TGDi 3 silinder 1.5L
turbo 3 silinder
3 silinder
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022
Berita Auto

Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO

Semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan

21-10-2022

Berita Terkini

Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025
Teknologi

Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.

12-02-2025
Teknologi

Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.

06-02-2025
Teknologi

Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...

28-01-2025
Teknologi

Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance

Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’.

23-01-2025