Link Copiedcheck_circle
Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar peralatan asli (OEM) dari Jerman, ZF memperkenalkan sistem range extender yang  baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

Dikenali sebagai electric Range Extender (eRE) dan electric Range Extender (eRE+), masing-masing dikatakan menyokong seni bina 400 volt dan 800 volt.

image.pngimage.png

Ini  bermakna bahawa kedua-duanya boleh diintegrasikan dengan komponen seperti motor elektrik, inverter, dan set gear. Selain itu, sistem eRE+ dilengkapi dengan klac dan pembeza tambahan, sekali gus mempunyai keupayaan untuk berfungsi sebagai pemacu sekunder.

“Permintaan terhadap range extender ini semakin meningkat sekali gus menyebabkan teknologi ini boleh melangkah jauh terutamanya bagi platform model yang telah direka untuk sistem pacuan elektrik berkuasa bateri,” menurut kenyataan akhbar oleh ZF.

image.png

Untuk pengeluar kereta, sistem range extender baharu oleh ZF ini menawarkan beberapa kelebihan utama. Antaranya ialah bagaimana ia membolehkan pengeluar kereta merancang pembangunan dengan lebih efisien, kerana teknologi ini boleh digunakan untuk membina berdasarkan platform kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) sedia ada.

Selain mengurangkan kos serta masa dan proses pembangunan, sistem ini juga membolehkan pengeluar menggunakan bateri yang lebih kecil, yang s meningkatkan kemampuan pemilikan dan mematuhi undang-undang pelepasan karbon.

Dikhabarkan,  eRE dan eRE+ yang dibangunkan oleh ZF membantu menangani pelbagai halangan dalam penerimaan EV, sekali gus menjadikan pemanduan elektrik lebih praktikal dan menarik. Sistem ini sebenarnya mampu mengurangkan kebimbangan mengenai jarak pemanduan (range anxiety).

“Walaupun jarak pemanduan sepenuhnya elektrik bagi kereta penumpang secara purata adalah sekitar 500km, kebimbangan mengenai jarak pemanduan masih mempengaruhi kebanyakan pembeli ketika memilih kenderaan baharu mereka,” ujar  ZF.

Hakikatnya,  sistem eRE dan eRE+ direka bentuk  untuk menyokong pelbagai seni bina kenderaan dengan lebih baik. Ia juga menjanjikan penyelesaian yang ideal untuk kawasan yang mempunyai infrastruktur pengecasan yang terhad atau kurang.

ZF menyatakan bahawa mereka akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi kedua-dua sistem eRE dan eRE+ bermula tahun hadapan (2026). Pada masa yang sama, syarikat itu turut menekankan komitmennya terhadap mobiliti lestari melalui pengenalan sistem range extender baharu ini.

Gallery

Tag:

ZF
Range Extender
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

Teknologi
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi
Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025
Teknologi
Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.

12-02-2025