Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Hyundai AS Akhirnya Sedia Teknologi Anti-Kecurian, Selepas Teknik Curi Kenderaannya Tular Di TikTok

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Logo Hyundai (Foto: Reuters/Wolfgang Rattay)


Akhirnya, Hyundai memperkenalkan perisian anti-kecurian bagi kenderaan yang tidak memiliki fungsi butang penghidup enjin dan sistem pelumpuh (immobilizer) untuk mengelakkan kes curi kenderaan keluaran syarikatnya.


Teknologi anti-kecurian ini dibangunkan sebagai respon kepada isu kecurian yang menyasarkan kereta jenama tersebut yang semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat selepas teknik mencuri Hyundai tular di media sosial termasuk TikTok. 


Baca: [KAJIAN] Lexus, Genesis Dan Kia Jenama Paling Kurang Bermasalah


Teknologi ini disediakan untuk kira-kira 4 juta kenderaan Hyundai di AS yang mana tumpuan akan diberikan terlebih dahulu kepada lebih 1 juta Elantra model tahun 2017-2020, Sonata 2015-2019 dan Venue 2020-2021. 


Hyundai Elantra 2020


Kemas kini perisian bagi kenderaan lain yang terkesan djadualkan akan bermula pada bulan Jun 2023 nanti.



FasaModelKetersediaan Perisian
1

2017-2020 Elantra

2015-2019 Sonata

2020-2021 Venue

14 Februari 2023
2

2018-2022 Accent

2011-2016 Elantra

2021-2022 Elantra

2018-2020 Elantra GT

2011-2014 Genesis Coupe

2018-2022 Kona

2020-2021 Palisade

2013-2018 Santa Fe Sport

2013-2022 Santa Fe

2019 Santa Fe XL

2011-2014 Sonata

2011-2022 Tucson

2012-2017, 2019-2021 Veloster

Jun 2023

Jadual ketersediaan teknologi anti-kecurian untuk kenderaan Hyundai AS


Perisian ini boleh dikemaskini dalam masa kurang satu jam. Setelah kemas kini selesai, setiap kenderaan akan dilekatkan dengan pelekat tingkap untuk memberi amaran kepada penjenayah bahawa kenderan tersebut dilengkapi teknologi anti-kecurian yang terkini. 


Baca: Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K


Ketua Pegawai Eksekutif, Hyundai Motor America, Randy Parker berkata, “Hyundai komited memastikan kualiti dan integriti peroduk melalui penambahbaikan berterusan dan berbesar hati untuk menyediakan [teknologi]  pencegahan kecurian ini kepada pelanggan yang terjejas.”


Hyundai Venue 2020


Sebelum ini, Hyundai telah mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan kes kecurian kenderaan syarikatnya di Amerika Syarikat seperti melengkapkan kenderaan yang dikeluarkan sejak November 2021 dengan teknologi pelumpuh enjin sebagai ciri standard. Selain itu, Hyundai turut membekalkan kunci stereng secara percuma kepada agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengedarkan alat tersebut kepada penduduk tempatan yang menggunakan kereta Hyundai. 


Hyundai Sonata 2017


Bagi pengguna sesetengah model keluaran tahun 2011-2022 tanpa sistem pelumpuh enjin yang mana kenderaan mereka tidak boleh menerima kemas kini perisian terbaharu, Hyundai AS bakal melancarkan program bayaran balik kepada pemilik yang telah membuat pembelian kunci stereng.

Tag:

Hyundai AS
Amerika Syarikat
teknologi anti-kecurian
teknologi
anti-curi
Hyundai Elantra
Hyundai Venue
Hyundai Sonata
kemas kini perisian
software
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

19-11-2024
Global

28-02-2023
Berita Auto

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021
Berita Auto

Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!

Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK.

29-04-2021
Berita Auto

07-01-2021
Kereta Baru

10-12-2020
Berita Auto

23-11-2020
Global

Berita Terkini

Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025
Teknologi

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025